Sunday, January 31, 2010

KETUA PEMUDA LAWAT RUMAH MANGSA KEBAKARAN


Kuala Terengganu, 31 Januari-Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu , yang juga Adun Bukit Payung, meluangkan masa jam 2 petang semalam untuk melawat rumah mangsa kebakaran AJK Pas Seberang Baruh, Nik Ahmad Kamil di kampungnya Seberang Baruh Kiri.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi memusnahkan keseluruhan tingkat atas rumah terbabit. Kata tuan rumah, Nik Ahmad Kamil, ketika kejadian, beliau berada di tingkat bawah manakala anak perempuannya berada di salah satu bilik di tingkat atas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dicatatkan.

Kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas dari bilik salah seorang anak lelakinya yang ketika itu tiada di rumah.

Ustaz Mohd Nor mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan sedikit sumbangan kewangan sebagai mewakili Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyampaikan sumbangan , boleh berbuat demikian dengan menghubungi saudara Wan Mohd Faizul di talian 0139277330 atau terus masukkan sumbangan ke akaun bank Dana Ta'awun DPPNT Maybank Islamic bernombor 563064113837. Sila maklum kemasukan sumbangan tuan puan kepada ustaz Nazari ( ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPPNT ) di talian 019 9108432 ( atau hantar sms butiran kemasukan sumbangan " Kebakaran 31 Jan" dengan menyatakan jumlah, tarikh dan tempat-cawangan bank ).

Perasmian H2K Orang Mude Geng Kite Zon Utara

VIDEO HIMPUNAN 2K OMGK ZON UTARA

Wednesday, January 27, 2010

CERAMAH ORANG MUDE GENG KITE

Monday, January 25, 2010

Orang Mude Geng Kite Ke Utara

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjemput dan mempersilakan semua ‘orang muda’ untuk bersama-sama menyertai program ‘Orang Mude Geng Kite’ (OMGK) yang akan di adakan di Kampung Bari Besar pada hari Jumaat, 29 Januari.

http://buletinonline.net/images/stories/berita21/faizulomgk.jpgSetiausaha DPPNT, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, program tersebut akan diadakan sehari suntuk bermula dari jam 9 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Menurutnya, antara aktiviti yang menarik adalah Santai Bersama ‘Anak Tok Guru’, Sukaneka dan Ceramah Pemuda.

Selain itu, katanya, orang-orang muda yang suka ‘merempit’ boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam permotoran dengan menyertai program bersama Kelab Motor Alternatif atau Alternative Riding Club (ARC).

”Program akan dimulakan pada jam 9 pagi dengan ‘Santai Bersama Anak Tok Guru’ dan berakhir jam 12.00 tengah malam dengan ceramah isu-isu semasa yang akan bermula jam 9.30 malam,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Sehubungan itu, kata beliau, satu gerak gempur Pemuda akan diadakan sehari sebelumnya pada 28 Januari.

Menurutnya, seramai 20 orang pemuda PAS dari setiap kawasan seluruh negeri akan akan turun ke setiap DUN dalam Parlimen Besut dan Setiu.

”Mereka akan bertemu dan beramah mesra dengan orang-orang muda di seluruh Besut dan Setiu dan menganjurkan beberapa program,

”Antaranya adalah ekspedisi dakwah, santai bersama pemuda di padang bola dan kedai kopi, ceramah kelompok, serta tayangan vcd terpilih,”jelasnya.

Katanya ‘Orang Mude Geng Kite’ akan jadi tema program dan semua aktiviti pemuda PAS dalam usaha mendekati dan menyelami ‘hati muda’ supaya dapat bersama-sama dengan PAS.


Sunday, January 24, 2010

POSTER: ISU YURAN SEKOLAH

Monday, January 18, 2010

PERBICARAAN KES TRAGEDI BATU BURUK

Batu Buruk, KUALA TERENGGANU – Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Abd Karim, pasukan pendakwa dan peguam bagi kes Tragedi Batu Buruk telah turun ke lokasi tragedi bagi mendapatkan gambaran sebenar peristiwa yang berlaku hampir dua tahun yang lalu.http://buletinonline.net/images/stories/berita20/lawattapakbburuk.JPG

Penasihat Undang-undang PAS, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditemui Buletinonline di lokasi semalam. [Gambar - Hakim (paling kanan, berbaju hitam) bertanya sesuatu kepada Wan Aziz (tengah, polis yang melepaskan tembakan) sambil diperhatikan oleh peguambela Haris Malik]

Lawatan kelompok pengamal undang-undang tersebut bermula dari stesyen minyak Esso pada jam 11.30 pagi dan berakhir di Hotel Permai Inn, tempat kejadian sebenar‘polis menembak’ orang awam, di sebelah kiri halaman hotel berkenaan.

Turut hadir adalah polis yang membuat tembakan konstabel polis Wan Aziz Wan Omar (RF143706) yang kini telah pun dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.

Mangsa tembakan peluru hidup Suwandi Abdul Ghani hadir bersama bagi menerangkan baagaimana beliau ditembak oleh Wan Aziz Wan Omar.

Salah seorang peguam pasukan pembela, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh polis tersebut, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya

Bagaimana pun menurut Kamaruzaman, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.

Sesi perbicaraan kes Batu Buruk akan dibuka semula untuk mendengar hujah kedua pihak selama tiga hari mulai Isnin 18 Januari hingga Rabu, 20 Januari, 2010.


Friday, January 8, 2010

Dato’ Harun Taib ‘berehat’ di HSNZ


E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir kini dinasihatkan ‘berehat’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu dinasihatkan oleh doktor pakar agar ‘berehat’ buat seketika bagi mengembalikan semula kesihatan akibat tekanan darah tinggi yang dialaminya.

Dimaklumkan, Ustaz Harun mengalami tekanan darah tinggi yang berlebihan serta jika dibiarkan tanpa rawatan boleh membawa kepada ‘minor stroke’ (angin ahmar ringan).

Namun begitu, tindakan ‘pantas’ ahli keluarganya mendapatkan rawatan di HSNZ berjaya mengelakkan terkena penyakit tersebut.

“Jika saya banyak berjalan dan kurang rehat tekanan darah naik semula dan saya dinasihatkan oleh doktor supaya berehat dulu di sini (HSNZ),” kata Ustaz Harun, semalam, 8 Januari.

Anaknya, Mohd Hamdi Harun berkata tahap kesihatan ayahanda (Ustaz Harun) semakin baik dan tidak membimbangkan keluarga.

Katanya, tekanan darah tinggi naik akibat pemakanan tidak seimbang, banyak aktiviti parti serta kurang waktu rehat yang mencukupi.

Menurutnya, akibat serangan awal ‘minor stroke’ tersebut kaki dan tangan sebelah kiri ayahanda terasa kebas-kebas.

“Lihat keadaan hari (kedua) ini semakin baik dan segar. Ayahanda dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat dan kurangkan aktiviti buat seketika.

“Ayahanda boleh bangun, makan dan berjalan seperti biasa, Cuma tekanan darah tinggi lebih sikit (naik) dan tidak perlu risaulah, Insya’Allah,” ujarnya ketika ditemui di HSNZ.

Menurutnya, kejadian berlaku pada hari Rabu (7 Januari) selepas menyampaikan kuliah maghrib dan solat isyak di Markaz Tarbiyyah Kubang Lembek kelihatan letih dan kurang bermaya.

Namun begitu, katanya pada hari Khamis sekitar jam 11.30 pagi selepas mendapat rawatan susulan doktor memberi nasihat agar ‘berehat’ di HSNZ.

Antara pimpinan PAS yang mengunjunginya di HSNZ iaitu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah serta beberapa orang pimpinan negeri lagi.

Selain itu, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang turut menziarahinya Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing serta kaum keluarga Ustaz Harun yang terdekat.

Wednesday, January 6, 2010

KENYATAAN RASMI PRESIDEN PAS: ISU KALIMAH ALLAH





Oleh: DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI HAJI AWANG, Presiden PAS

Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polemik hangat dalam negara, menjadi lebih panas setelah mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pihak gereja Katholik memakai perkataan Allah dalam penyebaran mereka kepada masyarakat umum, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, kerana menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan ALLAH sangat mulia di sisi umat Islam. Apa yang menghairankan sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut tuhan dengan bahasa mereka masing-masing. Adapun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan Allah dari kitab suci mereka (al-Quran) yang tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa al-Quran.

Adakah ia boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Sedangkan kebebasan secara saksama mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah yang mencetuskan perkara yang merosakan hubungan sesama manusia. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.

Perlu difahami adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain mengikut makna perkataan Allah yang tepat dengan maksudnya dari segi bahasa Arab yang terus di-gunakan oleh umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa dengan tetap berpegang kepada makna dan maksud perkataan Allah atau mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya sehingga menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini .

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut, ayat 61 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?

Firman Allah lagi di dalam Al-Ankabut, ayat 63:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah di dalam Surah Luqman pula pada ayat 25:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Firman Allah di dalam Surah Az-Zumar, ayat 38 pula berbunyi:

Dan sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Firman Allah di dalam Surah Az-Zukhruf, ayat 9:
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Firman Allah lagi dalam Surah Az-Zukhruf, pada ayat 87 pula bermaksud:

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)?

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang yang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) hanya sekadar itu, namun kepercayaan mereka tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat makjizat al-Quran, apabila mereka memaksa diri menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD, LORD dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka tidak tepat dengan maksudnya. Kita tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah mengikut ajaran dan bahasa kita, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity (Tiga Tuhannya) dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Suci itu . Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

Mengikut ajaran Islam perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (al-Asma al-Husna). Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma Wa Sifat).

“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu baginya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja) . Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadanya. Perkataan ALLAH itu daripada perkataan AL-ILAH dengan menambah AL kepada perkataan asal ILAH yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan Alif dan Lam (AL) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf maka, di sebut ALLAH. Penambahan Al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali ) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu berbilang tuhan”.

Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW tanpa melarang mereka menyebut, tetapi memberi penjelasan secara ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.

Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab disebut dalam surat perutusan itu firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 64 yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, (mengesakan Allah) tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (paderi-paderi) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah seperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.

Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan aqidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sekali-kali, kerana menyalah-gunakan perkataan Allah Yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, seterusnya dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.

Imam ‘Ali KW menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun:

كلمة حق أريد بها باطل

(Kalimahnya benar , tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah).

Kalimah ALLAH adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, sehingga menggerakkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO) fahaman politik dan individu, bersatu mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah ALLAH boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.

Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.

Firman Allah dalam surah Al-An’am, ayat 108:

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama.

DATO' DR HARON DIN: ISU NAMA ALLAH(1)

DATO' DR HARON DIN: ISU NAMA ALLAH

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO