Monday, May 31, 2010



DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut komando Negara Haram Israel terhadap rombongan bantuan misi kemanusiaan dari pelbagai negara termasuk Malaysia petang semalam waktu Malaysia.

Kami telah mengarahkan seluruh pemuda negeri Terengganu agar melaksanakan solat hajat dan berdoa agar rombongan misi tersebut selamat dan dilindungi Allah sepanjang perjalanan.

Tindakan jahat ini tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana ianya jelas bertentangan dengan deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 yang dipersetujui bersama di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kami berpendapat bahawa kerajaan Malaysia bersikap ‘double standard‘ kerana dalam pada mengutuk serangan Israel itu, pada waktu yang sama, masih terus menggunakan khidmat APCO Worldwide sebagai penasihat. Tambahan pula, sikap kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas menunjukkan bahawa secara tidak langsung mereka tunduk kepada Zionis Israel.

Kami mendesak kerajaan Malaysia mengambil pendirian yang lebih tegas dengan memecat APCO Worldwide sebagai penyataan sikap memboikot Zionis Israel.

Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam serangan tersebut, serta menyeru seluruh rakyat Terengganu terutamanya pemuda Islam untuk sama-sama menyertai Demonstrasi Aman di kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Jun ,Jumaat ini.

ALLAHU AKBAR!!!

Wednesday, May 26, 2010

NAJIB DAN JUDI

Monday, May 24, 2010

NAFSIAH SUDAH DIJUMPAI




BUAT SEMUA PEMBACA;

NAFSIAH BINTI ABDUL RAHMAN YANG HILANG PADA 3 MEI LALU TELAH DIJUMPAI. BELIAU SEKARANG BERADA DI HOSPITAL KOTA BHARU. KAKITANGAN HOSPITAL TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA KELUARGANYA HARI INI DAN MEREKA TELAH KE KOTA BHARU UNTUK MENGAMBILNYA PADA TENGAHARI TADI (24 MEI).

ALHAMDULILLAH ALLAH TELAH MAKBULKAN DOA IBU NAFSIAH YANG TIDAK LEKANG BERDOA SETIAP HARI.

DPPNT MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERUSAHA MENCARI BELIAU TERUTAMANYA RAKAN BLOGGER YANG TAMPAL POSTER NAFSIAH DI BLOG MASING-MASING.

TIDAK LUPA JUGA KEPADA PIHAK JAWATANKUASA MASJID PENGADANG BARU YANG MENGANJURKAN SOLAT HAJAT PADA JUMAAT DUA MINGGU LEPAS.

WASSALAM.

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
SETIAUSAHA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

Saturday, May 22, 2010

Video Bantahan Judi Bola

SEKITAR BANTAHAN LESEN JUDI BOLA

Ribuan penyokong Pas dan Pakatan Rakyat menyertai Demonstrasi Membantah Kelulusan Lesen Pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia di Masjid Pengadang Baru, Jumaat lepas.

Kelihatan Cikgu Fariz Musa berucap mewakili Angkatan Muda Keadilan Terengganu.

Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Terengganu merangkap Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Negeri Terengganu menyampaikan ucapan dan membacakan doa penutup.

Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyampaikan ucapan. Kelihatan sebelah kanan gambar, banner tertulis UMNO & JUDI=KEMBAR SIAM. Memang benar Umno dan Judi tidak boleh dipisahkan.

Tuesday, May 18, 2010

Tok Guru bidas Hishamuddin di RTM

Rumah Terbakar di Pak Pa


17 Mei Kuala Terengganu-Dua buah rumah hangus terbakar dalam satu kebakaran di Kampung Pak Pa, Kuala Terengganu. Dalam kejadian itu, tiada nyawa terkorban tetapi rumah dan barang-barang tidak sempat diselamatkan kerana api marak dengan cepatnya.

Kelihatan Ustaz Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu bersama salah seorang ahli jawatankuasa lajnah menziarahi mangsa kebakaran dan menyampaikan sedikit batuan kewangan bagi pihak lajnah.

Wednesday, May 12, 2010

PEMUDA PAS MAHU GERTAK DISIASAT

Ihsan Malaysiakini.com.
...................................................
Walapun perhimpunan besar 'Melayu Bangkit' sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ditangguhkan, Pemuda PAS Terengganu tetap mahukan penganjurnya disiasat polis.

"Kalau batal (terus) kita setuju. Tangguh (program) kita tidak setuju. Harap pihak polis terus menyiasat. Kita curiga ia akan diadakan semula pada masa yang lain," kata Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Wan Mohd Faizul Wan Abas.

Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) menangguhkan perhimpunan 10,000 orang Melayu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu yang ditentang pelbagai pihak, termasuk pembangkang dan parti politik kerajaan.

Pengerusi GERTAK Razali Idris memberitahu, program yang melibatkan mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu ditangguhkan atas nasihat penganjur bersamanya Institut Integriti Terengganu yang "tidak mahu isu itu dipolitikkan".

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Wan Mohd Faizul berkata pagi tadi beliau mewakili Pemuda PAS negeri membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Terengganu supaya GERTAK disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Pertubuhan.

Dalam aduannya, Wan Mohd Faizul berkata terdapat "kecenderungan menghasut" dan "ada unsur mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia".

"Ini jelas apabila tajuk 'Melayu Bangkit' itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei yang sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang berlaku pada 13 Mei 1969," laporan polis itu dipetik.

GERTAK juga perlu disiasat di bawah akta pertubuhan bagi memastikan keabsahannya sebagai sebuah pertubuhan dipastikan, tambahnya dalam laporan itu.

Menurut Wan Mohd Faizul, turut hadir dalam sidang media itu Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah dan beberapa orang pemimpin Pemuda negeri.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan (kiri), GERTAK menrancang program tersebut bagi membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

Razali dipetik sebagai berkata, tarikh itu dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

Bagaimanapunm sehari selepas diwar-warkan, program tersebut dibantah pelbagai pihak antaranya oleh PAS, PKR, MCA, MIC dan beberapa NGO lagi, dengan mengaitkankkan dengan unsur perkauman.

Tuesday, May 11, 2010

HILANG:DI MANA NAFSIAH?



Minta sahabat cyber sebarkan: Ibubapanya sangat bimbang. Bapanya terpaksa tinggalkan kerja demi mencari anak beliau semenjak 10 hari yang lalu. Beliau berusia 28 tahun. Kisah kehilangannya disiarkan di Sinarharian Isnin lalu.

MELAYU BANGKIT? UMNO KHIANAT MELAYU

KENYATAAN MEDIA BIL 2/2010

(11 Mei 2010)


UMNO KHIANAT MELAYU


”UMNO menyeru bangsa Melayu bersatu padu di bawah payung Umno demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Tun Mahathir Mohamad akan menjadi Pahlawan sehebat Hang Tuah yang akan melaungkan ’MELAYU BANGKIT’ di seantero dunia. Peristiwa 13 Mei 1969 yang tersemat kuat di hati-hati Melayu akan menjadi azimat semangat perjuangan bangsa yang didokong Umno selama ini.”


Inilah barangkali yang ada di minda pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong Umno tegar. Mereka merasakan merekalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu. Khurafat ini telah dipakai oleh pendokong Umno selama lebih 60 tahun.


Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menentang habis-habisan sikap perkauman sempit atau asobiyyah yang ada pada batang tubuh Umno. Mereka hipokrit dalam memperjuangkan Melayu dan Islam. Hakikatnya, mereka senantiasa mengkhianati orang Melayu khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Sekian, wassalam.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

MEMPERSADA PERJUANGAN

Yang benar,

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu


Monday, May 10, 2010

'MELAYU BANGKIT' BERBAU HASUTAN

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/melayubangkit%20004.jpgKUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyifatkan program ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkan oleh Institut Integriti Terengganu berbaur hasutan, mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum.
Program tersebut yang akan diadakan pada 13 Mei depan, lebih mencurigakan, kerana tarikh tersebut sinonim dengan peristiwa rusuhan antara kaum pada tahun 1969.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak penganjur mesti mengambil tindakan membatalkan program tersebut bagi mengelakkan sebarang provokasi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, penganjuran program tersebut juga telah bercampur aduk antara parti dan kerajaan dimana Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) bukan kakitangan kerajaan tetapi adalah ahli Umno yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.

“Institut Integriti adalah sebuah Jabatan kerajaan, bagaimana Umno boleh dibenarkan menggunakan sebuah jabatan kerajaan,

“ini bermakna, tidak ada lagi integriti dalam Institut Integriti,”ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, tema ‘Melayu Bangkit’ juga adalah satu tema perkauman yang tidak sesuai dengan semangat 1Malaysia sebagaimana dipromosikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, tema tersebut pernah digunakan oleh ‘fanatik’ Umno beberapa bulan dulu, kononnya membantang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Sedangkan sebelum ini, beliau berkata, berpuluh tahun Pulau Pinang ditadbir oleh Ketua Menteri bukan Melayu dari Parti Gerakan.

"tema ‘Melayu Bangkit’ menimbulkan keresahan d kalangan penduduk, terutamanya bukan Melayu dan orang-orang Melayu bukan Umno, ia tidak mencerminkan malah kontra dengan slogan dan penghayatan 1Malaysia,”

“pemilihan tarikh tersebut juga adalah satu kontroversi di mana tarikh 13 Mei masih merupakan tarikh yang sensitif dalam hubungan antara kaum,”tegasnya.

Justeru, katanya, Dewan Pemuda PAS akan membuat satu laporan polis berkaitan penganjuran program tersebut dan memohon pihak polis supaya mengadakan penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekalkan keharmonian

Thursday, May 6, 2010

IBU WAKIL RAKYAT TERIMA ZAKAT

Petikan Berita SinarHarian 6 Mei 2010, ms T2:

Pelajar guna wang zakat untuk melancong


BESUT - Seorang ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini antara individu dikesan menerima agihan wang zakat kategori fakir miskin oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) tahun lalu.

Selain ibu kepada wakil rakyat terbabit, individu lain yang tersenarai menerima agihan wang berkenaan adalah mereka yang mempunyai simpanan mencecah RM79,000 dalam akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, perkara itu berlaku kemungkinan kerana mereka yang diamanah menyenarai penerima agihan zakat tidak meneliti status kelayakan sepatutnya diterima penerima zakat bagi kategori fakir miskin.

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun dapat diselesaikan apabila Maidam mengambil tindakan segera mengeluarkan nama terbabit daripada senarai penerima wang zakat manakala wakil rakyat berkenaan yang menyedari kesilapan itu meminta nama ibunya dikeluarkan daripada senarai penerima.

“Saya tidak menyalahkan wakil rakyat terbabit tetapi perkara ini berlaku mungkin disebabkan pihak yang menyenaraikan nama penerima tidak menyemak dengan betul sebelum diserahkan kepada Maidam atau tidak mengemas kini maklumat.

“Mungkin dulu calon itu daripada keluarga yang benar-benar miskin tetapi sekarang anak telah berjaya, menjawat jawatan tinggi termasuk sudah menjadi wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Taklimat dan Garis Panduan Agihan Wang Zakat kepada amil dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Besut di Masjid Hadhari di sini.

Wan Harujan berkata lagi, Maidam akan membuat pemutihan dalam kalangan senarai penerima wang zakat bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerimanya.

Katanya, sekarang seramai 39,000 penerima wang zakat disenaraikan untuk menerima zakat setiap tahun dan jumlah itu semakin bertambah apabila senarai baru setiap kali waktu agihan dibuat menjelang hari raya.

Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu kira-kira 8,000 penerima tidak datang menerima wang zakat pada tahun lalu ketika agihan dibuat menjelang hari raya.

Beliau berkata, antara punca mereka yang tidak hadir mungkin malu disebabkan dikategorikan sebagai fakir miskin tetapi individu terbabit golo-ngan berpendapatan tinggi termasuk kes lain seperti telah meninggal dunia.

Wan Harujan berkata, majlis penerangan kepada amil dan pengerusi JKKK akan dibuat di seluruh negeri bagi memastikan semua penerima yang bakal menerima agihan wang zakat tahun ini menepati kriteria ditetapkan Maidam

Beliau meminta semua amil dan JKKK di negeri ini menyenarai semula penerima baru yang betul-betul layak sahaja kepada Maidam untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Maidam juga akan membuat pemantauan terhadap pelajar yang menuntut di luar negara yang menerima agihan zakat daripada agensi itu kerana sebelum ini berlaku beberapa kepincangan dilakukan pelajar terbabit.

“Kita sudah mengesan pelajar yang menerima wang zakat untuk belajar di Mesir tetapi disalahguna bagi tujuan melancong ke beberapa negara Barat,” katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, mulai tahun ini agihan zakat kepada pelajar yang menuntut di luar negara akan dihalusi dan ditemuduga sebelum diberikan kepada mereka selain memberikan secara ansuran.

PELAJAR BERSALIN DALAM TANDAS

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.


Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.


“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.


Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.


“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.

Sunday, May 2, 2010

Platform Untuk Tegur Pimpinan

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/Idris%20Ahmad1.jpgMARANG – Muktamar atau mesyuarat agung parti merupakan platform paling sesuai untuk menegur pemimpin atau memberikan pandangan tehadap apa-apa dasar parti.


Namun sesetangah ahli PAS cenderung menggunakan teknologi maklumat seperti blog, facebook dan laman sembang sosial bagi menyalurkan kritikan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan tersebut kurang sesuai dan boleh mendedahkan PAS kepada perselisihan sesame sendiri dan perpecahan dalaman

Beliau berkata ahli-ahli PAS boleh memberi pandangan dan teguran kepada pimpinan parti tetapi mesti menggunakan saluran yang betul.

“Kita (ahli PAS) boleh beri pandangan, teguran dan nasihat kepada pimpinan parti tetapi atas platform yang betul.

“Kritikan kita (ahli) bukan diblog atau di alam maya yang boleh dilihat oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Kali Ke-41, di Dewan Banat, Rusila, Marang, hari ini.

Menurutnya, kecenderungan manusia menggunakan kemudahan teknologi maklumat mendorong kepada kritikan terbuka melalui blog-blog di alam maya ini.

Akhirnya, kata Ustaz Idris perbuatan tersebut boleh mengundang perselisihan serta perpecahan sesama sendiri dalam parti.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Mohammad Zawawi Salleh, Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Khairil Nizam Khairuddin dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO