Monday, June 28, 2010

KENYATAAN MEDIA BIL 5/2010(28 JUN 2010)

KENYATAAN MEDIA BIL 5/2010(28 JUN 2010)

KAMI CABAR GERTAK DAN PEMUDA UMNO DEBAT ISU MELAYU

DPPNT kesal kerana GERTAK terus mahu anjurkan program walaupun ternyata program MELAYU BANGKITnya pada 14 Jun 2010 lalu tidak mendapat sambutan. Kami merujuk kepada program Forum Melayu Bangkit yang bakal dibuat oleh GERTAK pada Oktober nanti.

DPPNT ingin tegaskan bahawa GERTAK merupakan proksi Umno untuk raih sokongan Melayu terhadap Umno Barisan Nasional yang semakin hilang popularitinya di kalangan Melayu Terengganu terutamanya anak muda.

Kami juga yakin bahawa Melayu Terengganu sudah berubah. Mereka tidak akan tertipu lagi dengan dakyah Umno dan proksinya. Penipuan demi penipuan oleh Umno Barisan Nasional sebenarnya telah membuka mata rakyat Terengganu khususnya Melayu untuk ubah parti yang memerintah pada pilihanraya umum akan datang.

DPPNT mahu polis menghalang GERTAK yang ternyata tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dari melaksanakan program yang ternyata menjadi alat parti politik Umno untuk meraih sokongan Melayu menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebelum ini, mereka mendakwa menjemput MAMPAT(Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) sebagai sebuah Ngo yang membela hak rakyat Terengganu, ke program Melayu Bangkit. Tetapi setelah merujuk kepada MAMPAT, ternyata ia merupakan suatu pembohongan semata-mata. MAMPAT mendakwa tidak pernah mendapat pelawaan daripada GERTAK untuk menghadiri program yang dilaksanakan baru-baru ini.

Justeru, DPPNT mencabar GERTAK dan Pemuda Umno Terengganu untuk berdebat bagi membuktikan siapakah yang benar-benar membela Melayu selama ini, dan siapa pula yang mengkhianati bangsa Melayu semenjak 50 tahun yang lalu.

Yang benar,

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,

MOHD NOR HAMZAH
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu

Sunday, June 27, 2010

40 ULAMA MUDA MASUK UMNO SATU PENDUSTAAN

KENYATAAN MEDIA BIL 4(28 JUN 2010)

40 ULAMA MUDA MASUK UMNO HANYALAH SATU PENDUSTAAN

DPPNT merasa sangat dukacita apabila pendedahan beberapa orang ustaz muda lepasan pengajian agama dari Jordan mendedahkan bahawa mereka ditipu sehingga berlakunya peristiwa penyerahan borang Umno kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, telah menafikan dakwaan yang dibuat bahawa 40 Ulama muda menyertai Umno Barisan Nasional.

Sila lihat kenyataan beliau di bawah:

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Ternyata memang Umno memasang perangkap terhadap mereka yang tidak tahu menahu adanya majlis penyerahan borang keahlian Umno. Kami merasa dukacita kerana Umno sanggup memperdaya golongan agama demi memperkukuhkan perjuangan sesat Umno.

Kami juga menyelar kenyataan Datuk Abdullah Mat Zin yang menyokong kemasukan kononnya 40 orang ulama muda ke dalam Umno yang dibuatnya semalam(27 Jun 2010) di Besut yang disiarkan dalam portal Bernama. Ini memperlihatkan kebodohan beliau yang sentiasa dipergunakan oleh Umno untuk menghalalkan perjuangan batilnya.

Justeru, DPPNT menyeru beberapa kerat ‘ulama muda’ yang tersalah masuk Umno agar membuat pengisytiharan keluar semula dari Umno dan menyertai perjuangan PAS untuk mewujudkan negara yang adil dan berkebajikan terhadap rakyat seluruhnya.

Kami juga ingin mengingatkan rakyat seluruhnya khususnya bagi negeri Terengganu bahawa kalaulah terhadap ulama pun mereka boleh berbohong, apa lah sangat dengan kita rakyat awam negeri Terengganu.

Akhirnya, peristiwa tersebut menjadi bukti yang sangat jelas bahawa memang Umno merupakan parti bohong dulu, kini dan selamanya.


MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,

MOHD NOR HAMZAH
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu

Wednesday, June 23, 2010

KENYATAAN MEDIA : TUAN GURU KAMI BUKAN PENGGANAS

KENYATAAN MEDIA(23 JUN 2010)


TUAN GURU KAMI BUKAN PENGGANAS


Kami DPPNT menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat dalam laporan berita Malaysiakini pada 23 Jun 2010 di bawah tajuk “DR ASRI, MUFTI:MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG”, yang memetik bahawa satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu., dipetik sebagai menyebut beberapa nama tokoh tanahair termasuk Tuan Guru Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai individu yang dikaitkan dengan rangkaian pengganas yang menjadi ancaman kepada negara.


Bagaimana mungkin Tuan Guru Presiden PAS yang terlibat dalam sistem demokrasi berparlimen sebagai seorang ahli parlimen dan juga mengetuai sebuah parti politik dalam negara boleh dicop sebagai pengganas? Ini suatu tuduhan yang tidak masuk akal.


Kami menganggap kenyataan itu adalah sangat biadab dan bodoh. Umno BN cuba menutup dan mengalih isu dalam negara terutamanya lesen judi bola, APCO dan lain-lain yang sedang dibincangkan oleh ahli politik tanahair.


Secara Langsung atau tidak langsung, sebenarnya Umno BN telah memberi saham dalam melaksanakan tipudaya Yahudi Zionis dalam memecahbelahkan umat Islam dengan memainkan dan memperbesarkan isu kecil perbezaan pendapat dalam Islam, dan memberi gambaran bahawa pendokong perjuangan Islam yang sebenar merupakan pengganas. Inilah yang dipersetujui oleh Barat yang dipimpin oleh proksi Yahudi, terutamanya kerajaan Amerika Syarikat.


Justeru, DPPNT mendesak 3 perkara:

Pertama, Kami mendesak PM dan Kementerian Dalam Negeri menyatakan pendirian terhadap isu ini dalam kadar segera.


Kedua, kami mohon pihak yang membuat kenyataan dan tuduhan itu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu dalam tempoh 7 hari bermula hari ini sebagai pembersihan nama baik Tuan Guru Presiden yang tercemar dengan berita tersebut.


Ketiga, semua nama-nama tokoh yang disebut juga hendaklah dibersihkan daripada dikaitkan dengan Jemaah Islamiah dan kepengganasan.


Sekian.


MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA


Yang benar,


YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu


Saturday, June 19, 2010

ORANG BUKAN ISLAM TAK SETUJU JUDI

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO