Thursday, April 29, 2010

5 Keadilan Buat Adik AminurRasyid

5 Keadilan Buat Allahyarham Aminurrasyid

1. Terlebih dahulu , marilah kita mengalungkan Ummul Kitab buat Allahyarham Adik Aminurrasyid Amzah [15 th] yang ditembak mati oleh seorang anggota Polis Di Raja Malaysia 26 April 2010 baru - baru ini .

2. Ianya adalah sebuah tragedi yang sungguh malang dan sekali lagi mengheret PDRM menghadapi krisis kredebiliti mereka yang semakin dipersoalkan .

3. Sebelum ini Shahril Azlan Ahmad Kamil [25 th] turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu .

4. Norizan Salleh [30 th] juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa [ 30 Okt 2009 ] yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital .

5. Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani [37 th ] dan Muhammad Azman Aziz [ 21 th ] yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu .

6. Mohammad Tawfiq Noorzan [ 22 th ] juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis [ 14 Nov 2009 ] . Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari .

7. Berlaku adil dalam menghadapi isu ini [ Aminurrasyid ] , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa supaya :

Pertama : Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat secara adil dan telus kes ini . Bukan tidak percaya kepada polis tetapi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan dalam siasatan . Jika polis siasat polis tentu sahaja ia tidak meyakinkan , apatah lagi peristiwa ini bukan sekali dan pertama kali tetapi semakin kerap berulang .

Kedua : Anggota polis yang terbabit mestilah ditahan reman agar ia tidak bebas berada di luar justeru rakyat turut rasa bimbang terhadap keselamatan saksi sekaligus mengelakkan kemungkinan saksi dipaksa atau dipengaruhi .

Ketiga : SUHAKAM mestilah memainkan peranan dan mengambil langkah berkesan agar kejadian serupa tidak berulang dan pesalahnya mestilah dihukum setimpal . Insyaallah pada hari ISNIN [ 3 Mei 2010 ] pada jam 2.30 petang Pemuda PAKATAN Rakyat akan pergi ke SUHAKAM bagi membawa suara pembelaan dan keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid .

Keempat : Polis Di Raja Malaysia [ PDRM ] dan beberapa pihak media mestilah menarik balik tuduhan kononnya Adik Aminurrayid adalah penjenayah yang wajar ditembak mati justeru untuk menghalalkan tindakan mereka menembak tepat ke bahagian belakang kepala Allahyarham . Mereka juga mestilah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat seluruhnya . Sungguhpun PDRM menghadapi cabaran sukar sewaktu menjalankan tugas namun kes seperti Aminurrasyid tidak boleh dipandang sebelah mata . Polis adalah Polis Di Raja Malaysia [PDRM] bukan Polis Raja Di Malaysia [ PRDM ]

Kelima : Perbetulkan tanggapan atau persepsi umum terhadap kewibawaan pihak Polis sebagai pasukan beruniform yang paling bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyatnya. Janganlah sampai rakyat sendiri rasa tidak selamat dan aman terhadap pasukan beruniform ini . Campur tangan Yang diPertuan Agong mungkin wajar memandangkan pasukan polis adalah Polis Di Raja Malaysia .

8. Polis mestilah bersikap profesional menghadapi situasi ini dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak perlu melatah sehingga menjatuhkan kredebiliti dirinya sendiri apabila bingkas mengugut rakyat bahawa beliau bersedia untuk mengarahkan pasukan polis agar tidak lagi berkawal jika itu yang dikehendaki oleh rakyat !

9. Saya rasa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agak emosi dan gagal memahami kehendak rakyat yang sebenarnya . Rakyat bukan persoalkan kawalan yang dibuat oleh pihak polis tetapi apa yang dipersoalkan ialah tindakan polis yang terburu - buru , tidak profesional dan tidak berhati - hati sewaktu memilih untuk bertindak dengan menggunakan senjata api .

10. Kesilapan dan kesalahan adalah kelemahan manusia . Isunya ialah jangan menyembunyikan kesilapan atau kesalahan apalagi angkuh mempertahankan kesalahan tersebut. Pesalah mestilah bersedia untuk menerima hukuman setimpal justeru itu adalah keadilan.

Nasrudin Hassan at-Tantawi
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

PAS sokong calon DAP di Sibu

PAS sokong calon DAP di Sibu

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti. Wong yang juga Adun Bukit Asek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak.

Pada masa ini Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching. Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16000 orang di situ.

Sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain. PAS melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

PAS akan mengerakan jentera pakar dari Semenanjung tanahair untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi mengempur BN di Sibu. PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rasuah 10 Bilion Setahun

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat 'gulai' bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf 'sampah' atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, April 27, 2010

BN Peralat Pelajar Sekolah Ganggu Program Pakatan Rakyat

- Pemuda PAS Terengganu kesal BN memperalatkan pelajar sekolah untuk menganggu program Himpunan Warga Felda Kebangsaan anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Desa maju, Sungai Tengi 24 April lalu,

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abas berkata, beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Desa Maju, berkenaan perkara tersebut.

”Saya diberitahu oleh beberapa penduduk kampong dan oleh Pengerusi JKKK sendiri, budak-budak yang berarak, membuat bising dan menganggu program Pakatan Rakyat di Sungai Tengi adalah terdiri dari kalangan pelajar sekolah,”ujarnya kepada Buletinonline semalam.

Menurut Faizul, pelajar tersebut telah diarahkan oleh seorang guru sebuah sekolah tempatan, tetapi berasal dari negeri Johor.

Sehubungan itu, beliau telah berbincang dengan Pengerusi JKKK dan pihak pentadbiran kampong tersebut akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian pelajaran.

Pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menjadi kecoh apabila konvoi lebih 50 motosikal telah membuat bising dan menganggu majlis perasmian penutup Himpunan Warga Felda Kebangsaan.

Kira-kira jam 5.45 petang gerombolan yang membabitkan penyokong BN terus menganggu ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, meski pun telah dinasihatkan supaya berhenti dari berbuat demikian.

Provokasi kumpulan pemuda bermotosikal telah menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan berlaku ketegangan serta pertengkaran menyebabkan suasana kelam kabut.

Insiden ‘lima minit’ itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis ke tempat kejadian, tidak lama kemudian.

Lihat Lagi Gambar di Blog Buletinonline


Wednesday, April 14, 2010

OneMalaysia

REPOT POLIS APCO



Saya membuat laporan polis ini agar pihak Polis dapat membuat siasatan terperinci terhadap Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dan pembabitannya dengan Kerajaan Malaysia.Ini adalah mengenai satu perjanjian Kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide Sdn Bhd yang beralamat berdaftar Level 21, Suite 21.01, The Garden South Tower, Mid Valley City,Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, bagi satu perjanjian perkhidmatan iaitu-to provide services public relation, daily managements dan government relations outreach for government in United States, di mana dokumen perjanjian tersebut adalah dilampirkan. Sesalinan Letter of Acception yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bertarikh 15 Julai 2009 juga dikemukakan.Ini adalah mengikut ucapan dari Ketua Pembangkang semasa ucapan junjung kasih titah Tuanku Yang DiPertuan Agong di Parlimen Malaysia.

Saya percaya bahawa Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd ada kaitan dengan Kerajaan Haram Israel. Asas bantahan saya ialah :

  1. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Kerajaan Haram Israel. Sudah tentu berurusan dengan syarikat milik orang Israel (Margery Kraus) yang juga menyediakan khidmat kepada Kerajaan Haram Israel itu boleh mendedahkan banyak rahsia negara kepada musuh.
  2. Negara tersebut telah dan sedang menindas rakyat Palestin bertahun-tahun lamanya, terutamanya sekarang di mana mereka menyekat bantuan kemanusiaan yang berupa makanan, ubat-ubatan dan lain-lain untuk diberikan kepada rakyat Palestin. Sidang Parlimen pula telah brsepakat mengutuk pengepungan tersebut.

Justeru, saya selaku rakyat Malaysia amat bimbang hubungan secara kontrak dengan syarikat APCO Worldwide akan mendedahkan rahsia sulit negara sekaligus mengancam keselamatan negara.


Yang benar,



Mohd Nor Hamzah

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu



KEMPEN BANTAH APCO!!!

REPOT SPRM STADIUM RUNTUH




Kuala Terengganu, Rabu 14 April-Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu yang diwakili oleh Naib Ketua nya, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausahanya Saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas, bersama tiga orang pemuda telah membuat aduan kepada SPRM berhubung Laporan Jawatankuasa Siasatan Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Semasa pertemuan dengan pegawai SPRM yang bertugas, beliau memaklumkan bahawa siasatan kes tersebut memang sudah lama berjalan dan menurutnya beliau telah menerima arahan untuk menyiasat Laporan Akhir Jawatankuasa Siasatan yang baru diumumkan oleh Dato' Ahmad Said baru-baru ini dalam masa terdekat.

Kami memang sudah maklum bahawa sudah ada laporan berhubung kes runtuhan bumbung stadium tersebut tetapi itu sebelum hasil siasatan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan diisytiharkan oleh Menteri Besar sendiri. Jadi, kami datang membawa 'Final Report' hasil siasatan tersebut bagi mendengar sendiri dari mulut pegawai SPRM Terengganu bahawa memang ia disiasat.

Sekian.

Sunday, April 11, 2010

BUKTI UMNO TIDAK BELA MELAYU

Thursday, April 8, 2010

USUL "MAT REMPIT"



Cadangan Di bawah Fasal 30 Peraturan -Peraturan Dan Perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu

Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai

Dato’ Yang Dipertua,

Saya memohon izin dan mencadangkan untuk mengemukakan satu usul di bawah fasal 30 supaya persidangan Dewan ditangguhkan bagi maksud merundingkan satu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan perlu disegerakan.



Perkara :
Usul agar dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan menyokong supaya Kerajaan Negeri Terengganu menyegerakan langkah-langkah pro aktif dan pelan bertindak bersepadu untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit” yang berlaku dalam negeri ini.

Kesyukuran kepada Allah dengan taufiq dan hidayatnya, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membawa dan mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri yang mulia agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri membahas dan mendesak Kerajaan Negeri Terengganu agar bertindak segera untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit”.

Dato’ Yang Dipertua,
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Mengikut kajian dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail baru-baru ini didapati pembabitan remaja Melayu mencapai 95 peratus daripada keseluruhan Mat Rempit di seluruh negara.

Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas yang kebanyakan daripada mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Masalah “Mat Rempit” juga membimbangkan di Negeri Terengganu. Permasalahan boleh diperhatikan di jalan-jalan, khususnya pada waktu malam-malam minggu. Tangkapan yang dibuatkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia terhadap kesalahan “Mat Rempit” yang terpapar di akhbar-akhbar menambahkan kebimbangan ini. Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu perlu melakukan tindakan segera dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan. Terima Kasih.

MOHD NOR BIN HAMZAH
ADUN BUKIT PAYONG

Ucapan Presiden PAS dalam Sidang Dun Terengganu Bhg 1

Ucapan Presiden PAS dalam Sidang Dun Terengganu Bhg 2

Ucapan Presiden PAS dalam Sidang Dun Terengganu Bhg 3s

Tuesday, April 6, 2010

Sidang Dun Terengganu 7 April 2010-JKKK LEBIH BESAR DARI GURU BESAR

Sidang Dun Terengganu 6 April 2010-Isu Runtuh

Sidang Dun Terengganu 6 April 2010-pt 2

Sidang Dun Terengganu 6 April 2010-Usul ditolak

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO