Monday, February 13, 2012

PAS PARTI AJARAN SESAT? PAS LAPOR POLIS

Selasa, Kuala Terengganu-Seramai lebih kurang 30 ahli Pas yang diketuai oleh Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, membuat laporan polis terhadap kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang mendakwa PAS adalah Parti Ajaran Sesat.


Ustaz Abu Bakar berkata bahawa dalam perlembagaan Pas sendiri dengan jelasnya menyebutkan bahawa seruan Pas adalah Allahu Akbar. Manakala cita-cita Pas pula ialah untuk menegakkan suatu masyarakat yang tertegak di dalamnya hukum-hukum Islam dan nilai-nilai murni Islam.



Kami dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Dato Seri Ahmad bin Said, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan juga Menteri Besar Terengganu yang menyatakan PAS ialah Parti Ajaran Sesat

Sesiapa sahaja boleh juga menuduh UMNO sebagai United Musyrik National Organization. Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Dato Seri Ahmad Said.


Kami juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk “Mat Said mempertikaikan hukum liwat” yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syar’ei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003. Pertikaian Dato Seri Ahmad bin Said tentang peruntukan dalam Enakmen ini juga menggambarkan sikap beliau yang menghina Enakmen ini dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatangani Enakmen ini. Sikap Dato Seri Ahmad bin Said yang mempertikaikan Enakmen ini juga menolak pandangan Ijma’ Ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud. Dato Seri Ahmad bin Said mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat Ijma’ Ulama.

Tuduhan jahat Dato Seri Ahmad bin Said terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin UMNO. Isu NFC, penyalahgunaan wang zakat, stadium runtuh dan banyak isu yang menjerat UMNO untuk mempermudahkan rakyat menggantikan UMNO dengan PAS dan pakatan Rakyat (PGU).

Tuduhan Dato Seri Ahmad bin Said yang berupa fitnah yang berkemungkinan mencetuskan perpecahan, perbalahan dan huru-hara dalam masyarakat. Tuduhan ini bukan sahaja menafikan dan mempertikaikan sistem Demokrasi yang diamalkan dan pihak Pendaftaran Pertubuhan dalam Negara, tetapi juga menghina sejuta ahli PAS dan jutaan penyokong dan pengundi PAS yang terdiri daripada ulama, tuan guru-tuan guru, pegawai-pegawai Kerajaan, golongan profesional, ustaz-ustazah, guru-guru, petani-petani, nelayan-nelayan, anak-anak muda dan mahasiswa. Tuduhan jahat ini juga menghina dan mencerca ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, jiran-jiran yang mempunyai hubungan erat dengan ahli UMNO. Kami yakin ahli-ahli UMNO juga tidak setuju dan marah dengan tuduhan dan tohmahan sebagai penganut ajaran sesat dikaitkan kepada mana-mana peribadi yang mempunyai hubungan dengan mereka. Oleh itu, kami menyeru ahli UMNO supaya menentukan sikap ‘tidak setuju’ kepada Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 13 iaitu PAS ganti UMNO (PGU).

Tuduhan Dato Seri Ahmad bin Said menggambarkan sikap beliau yang cuba mempertikaikan kewibawaan Ashabul Samahah Mufti-Mufti dan penguatkuasa syariat yang boleh membuat penyiasatan dan pendakwaan ke mahkamah syarei terhadap mana-mana pihak yang membawa ajaran sesat. Dato Seri Ahmad bin Said boleh mengarahkan jabatan yang bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan pendakwaan terhadap tuduhannya. Tetapi PAS merupakan parti politik yang berdaftar telah melayari bahteranya menjangkau 60 tahun dengan sokongan ulama dan tok guru-tok guru pondok, bahkan beberapa peribadi yang telah memegang jawatan mufti seperti Datuk Ishak Baharom . Sebaliknya, UMNO pernah diharamkan oleh mahkamah. PAS juga pernah bersedia untuk berdebat dengan ulama UMNO tetapi perdebatan itu telah dibatalkan oleh kerajaan dengan sikap bacul dan pengecut.

Akhirnya, kami menyokong kenyataan yang dibuat oleh Dato Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang telah cukup tempoh untuk Dato Seri Ahmad bin Said menarik balik kenyataannya dan memohon maaf pada hari ini. Kami bersedia berdebat dengan Dato Seri Ahmad bin Said di medan yang terbuka agar rakyat boleh membuat keputusan dan menentukan sikap dalam Pilihanraya Umum ke 13. Di samping itu, kami akan membuat laporan polis dan tindakan mahkamah terhadap tuduhan jahat ini agar tidak berulang dan dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO.

Sekian, wassalam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
ADUN Bukit Payong

Monday, June 20, 2011

JAWATANKUASA DPPNT 2011-2013

Berikut merupakan senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu bagi Penggal 2011-2013:

Ketua : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Timbalan Ketua : Ustaz Ridhuan Hashim
Naib Ketua : Ustaz Kamaruzzaman Abdullah
Setiausaha : Saudara Zaidan Abdullah
Penolong Setiausaha : Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Penolong Setiausaha : Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak
Bendahari : Saudara Ahmad Saufi Chik
Ketua Penerangan : Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz
Pengarah Pilihanraya: Saudara Al Ghazali Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa :

  1. Saudara Wan Mohd Faizul Wan Abas
  2. Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
  3. Ustaz Ahmad Kamal Ali
  4. Saudara Zukri Jusoh
  5. Ustaz Saiful Ambia' Darusa
  6. Ustaz Sulaiman Sulong
  7. Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail
  8. Cikgu Fauzi Abu Samah
  9. Saudara Mohd Yusof Embong
  10. Saudara Kamaruzzaman Abdul Wahab
  11. Ustaz Jamaludin Jusoh
  12. Saudara Mohd Saufi Ismail
  13. Saudara Syazani Abdul Razak
  14. Ustaz Termizi Rashid
  15. Saudara Harun Isa
  16. Ustaz Hamdi Harun
  17. Ustaz Wan Mohd Mizan Wan Abdul Latiff
  18. Saudara Fakhrul Anwar Dagang



Tuesday, February 8, 2011

11 RIBU AKAN BERHIMPUN DI BATU ENAM

HIMPUNAN PEMUDA ISLAM TERENGGANU(HIMPIT 2011)
MASA UNTUK BERUBAH, PAS GANTI UMNO

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu akan mengadakan program tahunannya Himpunan Pemuda Islam Terengganu pada 11 Februari 2011 ini bertempat di Padang Pekan Batu Enam. Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan MASA UNTUK BERUBAH, PAS GANTI UMNO. DPPNT menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman. Berdasarkan kepada penyertaan pemuda yang sangat memberangsangkan di program tersebut, kami yakin akan dapat menghimpunkan seramai 11 ribu pemuda pada 11 Februari ini.

Program Himpunan kali ini juga berbeza dengan yang lepas kerana ia cuma memakan masa sehari suntuk, berbanding HIMPIT tahun-tahun sudah yang memerlukan peserta bermalam di tapak program.

Program akan bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta di tapak program, kemudian akan dimulakan dengan Motivasi Jihad pada jam 9 pagi yang bakal disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi sudah menyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan akan memberi amanat kepada pemuda pada jam kira-kira 10.30 pagi. Lebih menarik lagi, Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan bersama-sama dengan pemuda pada pagi hari tersebut, dan akan menyampaikan amanat beliau kira-kira jam 11.30 pagi.

Pada sebelah petang pula, seawal jam 3 petang, pemuda akan dihidangkan dengan ucapan-ucapan beberapa tokoh pemuda dari pelbagai jurusan kehidupan, termasuklah selingan lagu-lagu persembahan bekas gitaris kumpulan Visa, Ustaz Zul.

Kemuncak program siang hari ialah Sembang Pemuda Bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi, sekitar jam 4 petang.

Program akan berakhir pada malamnya dengan Ceramah Perdana oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Sabu, dan juga Tuan Haji Salleh Embong, bekas ahli Umno yang akan membongkarkan kezaliman Umno dalam isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas.

Seperti biasa, kami akan sediakan kaunter-kaunter pendaftaran ahli Pas, daftar pemilih, dan keahlian Alternatif Riding Club(ARC).

Para wartawan adalah dijemput hadir pada program tersebut.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Setiausaha DPPNT

Monday, September 27, 2010

2000 PEMUDA TERENGGANU KE IJTIMAK TARBAWI

(Kemaskini - Ijtimak Program Paling 'Berprestij'- Kehadiran lebih 10 tokoh Tarbiyah dan Perkaderan PAS termasuk Mursyidul Am) KUALA TERENGGANU - Seramai 2000 Pemuda PAS Terengganu akan digerakkan menjadi tenaga utama 'Saf Hadapan' dalam Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Pusat yang akan di adakan di masjid Rusila Marang, pada 1, 2 dan 3 Oktober depan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata 2000 orang akan menjalani latihan akhir bagi menjadi petugas pemuda 'Saf Hadapan' menghadapi pilihanraya umum yang ke -13 akan datang.

"kita akan mengambil peluang yang besar yang diadakan oleh (Dewan) Pemuda PAS Pusat untuk menggerakkan anak-anak muda (Terengganu) khususnya petugas-petugas pemuda (PAS Terengganu),
"kita akan menjangkakan petugas 'hardcore' pemuda (PAS) (daripada) seluruh negeri, kita akan kumpulkan 2000 (orang),"ujarnya ketika ditemui Buletinonline

Menurutnya, jumlah tersebut adalah separuh daripada anggaran kehadiran para pemuda seluruh negara yang disasarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 orang.yang akan menjadi 'murabitun', iaitu petugas utama Ijtimak tersebut

"daripada seluruh peserta dianggarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 (orang) lima puluh peratus, dari pada pemuda yang menjadi petugas utama murabitun adalah dikalangan pemuda pas negeri Terengganu, 2000 (orang) itulah yang menjadi petugas pemuda pas (saf hadapan) dalam pilihanraya umum akan datang,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2010 disifatkan sebagai program tarbiyah paling 'berprestij' dari siri-siri program yang dilaksanakan sebelumnya.

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abbas berkata, Ijtimak yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu turut melibatkan lebih sepuluh tokoh-tokoh utama tarbiyah dan perkaderan dalam PAS.

"Daripada Dato' Seri Presiden PAS, Timbalan Presiden, Naib Presiden, hinggalah kepada Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, akan hadir dan mencurahkan ilmu serta pengalaman harakiah mereka kepada peserta Ijtimak.

"tidak ketinggalan, tokoh PAS yang mendapat tarbiyah langsung dari Ikhwan, Dato' Ustaz Haji Yahya Othman, mantan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan,"terang Wan Faizul.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pemuda mengambil kesempatan dan manfaat dari program Ijtimak ini untuk memantapkan ilmu perjuangan Islam, terutamanya sudut Fiqh al-Haraki, yang tidak diajar di mana-mana universiti

Tambah menarik lagi, kata Wan Faizul, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun memberi pengesahan untuk hadir merasmikan penutup Ijtimak pada malam 3 Oktober.

Sunday, September 12, 2010

Terima Kasih Dato' PJ


Majlis Perantau yang diadakan oleh PAS Terengganu bagi meraikan anak-anak Terengganu yang tinggal di luar Terengganu berlangsung hari ini dengan kehadiran yang memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

Majlis yang diadakan di Markaz PAS Kuala Terengganu juga kali ini turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Dewan Ulamak.

Saudara Suhaimi Al Maniri mempengerusikan sesi dialog.



Lebih memeriahkan majlis dengan kesudian Presiden TG Haji Hadi Awang untuk turut bersama berdialog bersama perantau setelah 3 tahun beliau sekadar memberi ucapan perasmian.





Slot dialog yang diadakan selepas ucapan perasmian oleh TG Presiden lebih didominasikan oleh kalangan mahasiswa.



Saya sebagai anak Terengganu juga turut hadir dan sertai dialog terebut. Antara pertanyaan dan kongsi bicara yang diutarakan oleh saya ialah berkenaan perhargaan oleh kerajaan PAS kepada golongan perantau seandainya PAS dapat menguasai semula Terengganu dalam PRU 13 nanti.



Saya berpendapat seharusnya pimpinan PAS juga memikirkan jasa dan pengorbanan mereka. Antara cadangan saya agar perantau yang tidak mempunyai tanah dan rumah di Terengganu dipertimbangkan untuk dikurnia rumah walaupun sekadar Rumah Murah.



Ini kerana bukan semua perantau mempunyai tanah dan rumah semasa mereka meninggalkan bumi Terengganu untuk mencari rezeki di luar. Ada dikalangan mereka menyewa, tinggal di kawasan perkuburan dan setinggan (tiada geran).




Apabila mereka berhijrah ke negeri lain, mereka juga menyewa dan tinggal di kawasan setinggan.



Tetapi pengorbanan dan kesetiaan mereka terhadap PAS adalah tinggi. Setiap pilihanraya, mereka sanggup tinggalkan sementara kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang balik menaiki bas ekspress menuju Terengganu untuk mengundi PAS.


PAS Terengganu seharusnya tidak lepas pandang dalam soal ini.



Jika Kerajaan Terengganu semasa PAS memerintah boleh bagi tanah kepada pemain bola yang pakai seluar pendek semata-mata kerana menang Piala Malaysia 2001, mengapa anak rantau tidak mendapat layanan demikian?




Rendah benarkah taraf anak rantau yang setia dan berkorban untuk Islam berbanding pemain bola pada kacamata pimpinan PAS Terengganu?



Kerajaan dicadang agar buat kawasan perumahan untuk anak rantau yang layak. Apabila mereka balik mengundi, rumah itu boleh dijadikan tempat menginap. Ataupun ini satu galakkan agar anak rantau pulang berkhidmat di bumi Terengganu.



Alhamdulillah, cadangan saya diberi respon positif oleh Dato PJ Ustaz Harun Taib semasa bersalaman dengan beliau di akhir majlis.



Terima kasih Dato PJ Ganu Kite!

Wednesday, September 1, 2010

PEMUDA LAPOR ISU EBOOK KE SPRM

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO