Monday, September 27, 2010

2000 PEMUDA TERENGGANU KE IJTIMAK TARBAWI

(Kemaskini - Ijtimak Program Paling 'Berprestij'- Kehadiran lebih 10 tokoh Tarbiyah dan Perkaderan PAS termasuk Mursyidul Am) KUALA TERENGGANU - Seramai 2000 Pemuda PAS Terengganu akan digerakkan menjadi tenaga utama 'Saf Hadapan' dalam Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Pusat yang akan di adakan di masjid Rusila Marang, pada 1, 2 dan 3 Oktober depan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata 2000 orang akan menjalani latihan akhir bagi menjadi petugas pemuda 'Saf Hadapan' menghadapi pilihanraya umum yang ke -13 akan datang.

"kita akan mengambil peluang yang besar yang diadakan oleh (Dewan) Pemuda PAS Pusat untuk menggerakkan anak-anak muda (Terengganu) khususnya petugas-petugas pemuda (PAS Terengganu),
"kita akan menjangkakan petugas 'hardcore' pemuda (PAS) (daripada) seluruh negeri, kita akan kumpulkan 2000 (orang),"ujarnya ketika ditemui Buletinonline

Menurutnya, jumlah tersebut adalah separuh daripada anggaran kehadiran para pemuda seluruh negara yang disasarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 orang.yang akan menjadi 'murabitun', iaitu petugas utama Ijtimak tersebut

"daripada seluruh peserta dianggarkan oleh Pemuda PAS Pusat seramai 4,000 (orang) lima puluh peratus, dari pada pemuda yang menjadi petugas utama murabitun adalah dikalangan pemuda pas negeri Terengganu, 2000 (orang) itulah yang menjadi petugas pemuda pas (saf hadapan) dalam pilihanraya umum akan datang,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2010 disifatkan sebagai program tarbiyah paling 'berprestij' dari siri-siri program yang dilaksanakan sebelumnya.

Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abbas berkata, Ijtimak yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu turut melibatkan lebih sepuluh tokoh-tokoh utama tarbiyah dan perkaderan dalam PAS.

"Daripada Dato' Seri Presiden PAS, Timbalan Presiden, Naib Presiden, hinggalah kepada Ketua-ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, akan hadir dan mencurahkan ilmu serta pengalaman harakiah mereka kepada peserta Ijtimak.

"tidak ketinggalan, tokoh PAS yang mendapat tarbiyah langsung dari Ikhwan, Dato' Ustaz Haji Yahya Othman, mantan Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan,"terang Wan Faizul.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pemuda mengambil kesempatan dan manfaat dari program Ijtimak ini untuk memantapkan ilmu perjuangan Islam, terutamanya sudut Fiqh al-Haraki, yang tidak diajar di mana-mana universiti

Tambah menarik lagi, kata Wan Faizul, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun memberi pengesahan untuk hadir merasmikan penutup Ijtimak pada malam 3 Oktober.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO