Sunday, August 29, 2010

IJTIMA' IDUL FITRI

Wednesday, August 25, 2010

PEMUDA AJAK ANAK MUDA IKUT PROGRAM IBADAH


Kuala Terengganu-Pemuda Pas Negeri Terengganu mempelawa golongan muda mengikuti program ibadat anjuran parti itu, dalam masa yang sama menjauhi perkara yang tidak berfaedah seperti bermain mercun.

Setiausahanya Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, beberapa program yang dirancang dan telah dilaksanakan sepanjang Ramadhan mampu mengelak daripada berulang perkara yang tidak diingini.

"Bagi mengelak perkara yang tidak berfaedah, kita seru kepada pemuda pemudi di negeri ini menghidupkan Ramadhan dengan ibadat, tadarus, dan kita turut mempelawa mereka supaya mengikuti program anjuran Pemuda.

"Kami minta jauhilah perkara negatif seperti bermain mercun, mudah-mudahan tidak berlaku sebagaimana di Kampung Makam Lama sehingga mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak baru-bari ini."

Beliau berkata, Pemuda Pas Negeri melalui Lajnah Tarbiyyah turut mengarahkan semua kawasan dalam Terengganu menganjurkan program Ihya' Ramadhan dengan mengisytiharkan Ramadhan sebagai Bulan Tarbiyyah, seperti program menghidupkan 10 malam terakhir bagi mendapat keberkatan Ramadhan.

Selain itu, pihaknya turut menganjurkan program berbuka puasa membabitkan kira-kira 200 anak yatim dan fakir miskin di Telanai Seafood Padang Midin.

Tuesday, August 17, 2010

PEMUDA TRG MINTA PUSAT KEMBALI HAK RAKYAT


Kuala Terengganu-Dewan Pemuda Pas Terengganu meminta Kerajaan Pusat mengembalikan semula hak rakyat Terengganu berhubung sejumlah tanah yang diteroka pihak itu melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA).

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata , pihaknya kesal apabila mendapat tahu sebanyak 15,200 hektar tanah di negeri ini diurus lembaga tersebut dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu.

"Tiada peneroka dimasukkan ke kawasan itu dan manfaatnya balik kepada Felda. Sekarang ada 15 ribu hektar tanpa sesiapa memilikinya kecuali Felda, sepatutnya beri pada yang miskin tetapi tiada manfaat kepada golongan itu dan perkara ini tidak selesai sejak mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar sehingga sudah ada hasilnya, " katanya.

Dalam sidang dewan undangan negeri sebelum ini, kerajaan negeri masih berpegang kepada prinsip asal iaitu untuk menempatkan rakyat Terengganu sebagai peneroka di tanah seluas 15,200 hektar milik kerajaan negeri yang diterokai Felda.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kerajaan tetap kekal dengan cadangan itu meskipun Felda kini sudah mempunyai dasar baru iaitu tidak memasukkan peneroka baru di tanah yang diteroka agensi itu sejak Januari 1996.

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO