Saturday, November 14, 2009

SIASAT DAHULU SALAHLAKU RASUAH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO



DPPNT terpanggil untuk memberi pandangan terhadap isu Pergerakan Pemuda Umno Pusat menghantar memorandum kepada SPRM agar menyiasat kes tajaan Haji bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kami berpendapat bahawa ini merupakan mainan politik Umno yang mahu mengalihkan isu Rasuah yang berleluasa dalam Umno sendiri. Mereka berhak untuk mendesak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka yang terbabit dalam rasuah. Tetapi ingin kami tegaskan bahawa SPRM hendaklah menunjukkan profesionalisme mereka dengan menyelesaikan dahulu kes-kes rasuah berprofail tinggi, yang membabitkan VVIP negara sebelum menyiasat kes Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kami juga menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah tidak bersalah selagimana tidak dibuktikan bersalah sebagaimana prinsip undang-undang, "One is innocent until he is proven guilty".

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO