Monday, June 28, 2010

KENYATAAN MEDIA BIL 5/2010(28 JUN 2010)

KENYATAAN MEDIA BIL 5/2010(28 JUN 2010)

KAMI CABAR GERTAK DAN PEMUDA UMNO DEBAT ISU MELAYU

DPPNT kesal kerana GERTAK terus mahu anjurkan program walaupun ternyata program MELAYU BANGKITnya pada 14 Jun 2010 lalu tidak mendapat sambutan. Kami merujuk kepada program Forum Melayu Bangkit yang bakal dibuat oleh GERTAK pada Oktober nanti.

DPPNT ingin tegaskan bahawa GERTAK merupakan proksi Umno untuk raih sokongan Melayu terhadap Umno Barisan Nasional yang semakin hilang popularitinya di kalangan Melayu Terengganu terutamanya anak muda.

Kami juga yakin bahawa Melayu Terengganu sudah berubah. Mereka tidak akan tertipu lagi dengan dakyah Umno dan proksinya. Penipuan demi penipuan oleh Umno Barisan Nasional sebenarnya telah membuka mata rakyat Terengganu khususnya Melayu untuk ubah parti yang memerintah pada pilihanraya umum akan datang.

DPPNT mahu polis menghalang GERTAK yang ternyata tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dari melaksanakan program yang ternyata menjadi alat parti politik Umno untuk meraih sokongan Melayu menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sebelum ini, mereka mendakwa menjemput MAMPAT(Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu) sebagai sebuah Ngo yang membela hak rakyat Terengganu, ke program Melayu Bangkit. Tetapi setelah merujuk kepada MAMPAT, ternyata ia merupakan suatu pembohongan semata-mata. MAMPAT mendakwa tidak pernah mendapat pelawaan daripada GERTAK untuk menghadiri program yang dilaksanakan baru-baru ini.

Justeru, DPPNT mencabar GERTAK dan Pemuda Umno Terengganu untuk berdebat bagi membuktikan siapakah yang benar-benar membela Melayu selama ini, dan siapa pula yang mengkhianati bangsa Melayu semenjak 50 tahun yang lalu.

Yang benar,

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,

MOHD NOR HAMZAH
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO