PERBICARAAN KES TRAGEDI BATU BURUK
Batu Buruk, KUALA TERENGGANU – Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Abd Karim, pasukan pendakwa dan peguam bagi kes Tragedi Batu Buruk telah turun ke lokasi tragedi bagi mendapatkan gambaran sebenar peristiwa yang berlaku hampir dua tahun yang lalu.
Penasihat Undang-undang PAS, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditemui Buletinonline di lokasi semalam. [Gambar - Hakim (paling kanan, berbaju hitam) bertanya sesuatu kepada Wan Aziz (tengah, polis yang melepaskan tembakan) sambil diperhatikan oleh peguambela Haris Malik]
Lawatan kelompok pengamal undang-undang tersebut bermula dari stesyen minyak Esso pada jam 11.30 pagi dan berakhir di Hotel Permai Inn, tempat kejadian sebenar‘polis menembak’ orang awam, di sebelah kiri halaman hotel berkenaan.
Turut hadir adalah polis yang membuat tembakan konstabel polis Wan Aziz Wan Omar (RF143706) yang kini telah pun dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.
Mangsa tembakan peluru hidup Suwandi Abdul Ghani hadir bersama bagi menerangkan baagaimana beliau ditembak oleh Wan Aziz Wan Omar.
Salah seorang peguam pasukan pembela, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh polis tersebut, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya
Bagaimana pun menurut Kamaruzaman, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.
Sesi perbicaraan kes Batu Buruk akan dibuka semula untuk mendengar hujah kedua pihak selama tiga hari mulai Isnin 18 Januari hingga Rabu, 20 Januari, 2010.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment