Monday, March 29, 2010

Bangunan Runtuh Lagi



KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan terbunuh, manakala empat rakannya cedera parah apabila besi perancah bangunan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 petang ketika lima pekerja warga Bangladesh itu sibuk melakukan kerja konkrit pemasangan lantai tangki air di tingkat empat bangunan berkenaan sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Berikutan runtuhan itu, empat mangsa yang berada di tingkat empat pada ketinggian lapan meter dikatakan terjatuh bersama besi dan simen lalu menghempap seorang pekerja lain di bawah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Pauzan Ahmad ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya bersama 25 anggota bergegas ke lokasi terbabit selepas menerima laporan jam 5.25 petang.

Menurutnya, mangsa pertama yang ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan tertimbus bersama besi dan simen basah.

"Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.45 petang dan semua mangsa yang terselamat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa terakhir dikatakan terjatuh daripada tingkat atas dan dia ditemui parah di celah tetulang konkrit. Bagi menyelamatkan mangsa, kami terpaksa memotong besi dan gunakan air untuk mengelak konkrit menjadi keras,” katanya.

Menurutnya, identiti semua mangsa belum diketahui.

Katanya, kerja pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika UMT itu dilakukan lapan pekerja, namun hanya lima pekerja sahaja terbabit dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang segera mengunjungi tempat kejadian berkata, insiden berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri, bukannya disebabkan struktur bangunan.
..............
Berita Sinarharian

Sunday, March 28, 2010

HINA NABI: BOIKOT PRODUK MUSUH ISLAM




KENYATAAN MEDIA BIL 2/2010
(28 MAC 2010)

HINA NABI:KEMPEN BOIKOT BARANGAN SWEDEN

Pihak bukan Islam semakin berani menghina junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu ’alaihi wasallam. Terbaru, Lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Justeru, kami Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu memandang serius terhadap penghinaan ini dan mengutuk sekeras-kerasnya pelukis terbabit serta tiga akhbar yang bersekongkol menyiarkan karikatur tersebut.

Kami juga menyeru seluruh rakyat Terengganu baik tua, muda, lelaki mahupun perempuan, badan bukan kerajaan, parti politik seterusnya segenap lapisan masyarakat agar sama-sama bersatu memboikot barangan buatan Sweden.

Kami juga di kesempatan ini mahu mengajak seluruh rakyat Terengganu agar menghangatkan kembali kempen boikot barangan Amerika Syarikat dan Yahudi kerana mereka tidak pernah mahu berundur daripada membunuh dan menyerang umat Islam di Palestin.

Sekian, wassalam.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
MEMPERSADA PERJUANGAN

Yang benar,

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Saturday, March 27, 2010

BONGKAR 7-BARANG& PERKHIDMATAN NAIK+ GST

Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan

i. Kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit dan menderita.

ii. Kenaikkan harga barang disebabkan kerajaan menaikkan harga minyak pada tahun 2008. Walaupun kerajaan telah menurunkan sedikit harga minyak namun pemborong dan peruncit tidak menurunkan harga runcit di pasaran.

iii. Pada 1 Januari, 2010 Kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram

iv. Pada 16 Januari, 2010 (Bernama) Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan terpaksa menambah subsidi jika harga gula tidak dinaikkan.

v. Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad (Harakahdaily) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen.

vi. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat.











9. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Pada 16 Disember lalu, rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, manakala bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan dalam sidang dewan akan datang, Mac 2010.

Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak bersedia sebelum dilaksanakan.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan, antaranya beras, sayur-sayuran, tepung dan gula pada tahun pertama dilaksanakan.

Rancangan kerajaan pusat mahu melaksanakan cukai perkhidmatan (GST) akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan terus maningkat.

kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk "merompak" duit rakyat secara terhormat dan sah tanpa memikirkan penderitaan rakyat yang kian perit sekarang ini


Rakyat mungkin rasa sedikit lega apabila kerajaan mengumumkan untuk tidak membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen. Hakikatnya, ia cuma ditangguhkan dan lambat laun, ia tetap akan dilaksanakan apabila kerajaan merasakan rakyat terbanyak sudah boleh menerimanya. Di saat itu, rakyat akan menjadi mangsa lagi...

Monday, March 22, 2010

ASAL USUL ORANG MUDE GENG KITE


Blog DPPNT kali ini menyiarkan temuramah krew IT DPPKD dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun merangkap Syeikh Tarbiyyah(Pengerusi Lajnah Tarbiyyah) Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Al Fadhil Ustaz Jamaluddin Jusoh al Hafiz.
......................................................
Oleh: SamarQondy

"Pada 7hb Mac lalu, pihak IT dewan pemuda Pas Kaw Dungun (itdppkd) telah mengambil peluang untuk mewawancara ketua Pemuda PAS Kaw Dungun, al-Fadhil Ustaz Jamaluddin bin Jusoh di Masjid Pinang Merah berhubung dengan slogan Orang Mude Geng Kite. Al-Fadil ustaz yang juga merupakan ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu merupakan salah seorang yang terlibat dalam menghasilkan dan melahirkan slogan tersebut.

ITDPPKD :

Assalamualaikum ustaz. Terima kasih kerana ustaz sanggup meluangkan masa untuk berkongsi sedikit maklumat dengan pihak itdppkd. Slogan “Orang Mude Geng Kite” merupakan slogan yang dilahirkan oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Dungun (DPPKD). Boleh tak ustaz terang serba sedikit menganai slogan tersebut.?

Ustaz Jamaluddin:

Waalaikummussalam. Slogan “Orang Mude Geng Kite” ini, yang ejaan ringkasnya OMGK, satu slogan yang dipilih oleh Pemuda PAS kawasan Dungun sebenarnya pada awal sesi 2009, setelah selesai muktamar dewan pemuda ketika itu. Dan kita menghasilkan slogan “Orang Mude Geng Kite” tujuannya untuk menjadi suatu momentum kewujudan aktiviti-aktiviti kepermudaan yang lain serta pelbagai. Bahkan bahasa dan penggunaan loghat Terengganu “Orang Mude Geng kite” itu, tujuannya supaya ianya akan lebih serasi, sehati dan sejiwa dengan orang mude. Alhamdulillah kita lihat bagaimana, akhir-akhir ini ia telah menjadi slogan yang sinonim dengan pemuda itu sendiri.

ITDPPKD :

Melihat daripada erti OMGK tersebut, jelas ianya merupakan sesuatu yang begitu baik dan ia akan memberi suatu implikasi yang positif sekiranya ia diaplikasi sebaiknya. Bagaimana DPPKD dapat memikirkan hal ni? Boleh ustaz ceritakan sejarah terciptanya slogan “Orang Mude Geng Kite”?

Ustaz Jamaluddin:

“Orang Mude Geng Kite ini mula tercipta boleh dikatakan spontan dalam mesyuarat dewan harian kali yang pertama untuk perbentukan jawatankuasa secara detail pada ketika itu. Dan seingat ana pd waktu itu dihadiri oleh ana sendiri, setiausaha, penerangan, bendahari, dan masih ada lagi ketika itu SUK serta naib. Dan ana bersama lima enam orang inilah berbincang secara spontan dan lahir satu idea untuk kita mewujudkan satu slogan supaya kita boleh mendekati pemuda. Dan secara tidak langsung, setelah berfikir maka lahirlah slogan ini. Dan kita tidak menyangka bahawa slogan ini sampai ke peringkat nasional. Mungkin Dengan Izin Allah SWT, ada hubungan ahli jawatankuasa kita dengan peringkat yang lebih atas, diperingkat negeri bahkan diperingkat pusat maka mereka boleh menerima hujah-hujah ini. Dan Alhamdulillah apa yang paling syukurkan ialah apabila slogan ini diterima, bererti slogan ini digunakan seluruh Negara termasuk Perak dan sebagainya. Yang bimbangnya, kita (Pemuda PAS Kaw Dungun) yang akan tertinggal. Itu yang kita bimbang.

ITDPPKD :

Ana mengucapkan tahniah kepada DPKKD kerana dapat mencetuskan idea OMGK ini sehinggakan peringkat PAS pusat sedia menggunakan cetusan idea daripada DPPKD. Namun ustaz ana melihat masyarakat kita sekarang hanya melihat slogan OMGK ini hanyalah sekadar slogan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Boleh ustaz memberi penjelasan tentang matlamat dan objektif sebenar slogan OMGK?

Ustaz Jamaluddin:

Pada asalnya kita tahu dan kita sedar bahawa orang muda ini yang terutama berada dipinggiran, orang mude orang yang ada atas pagar bahkan orang muda anak-anak orang UMNO yang tidak kuat sangat, dia sebenarnya ada kecenderungan serta ada minat untuk mendatangi kita. Cuma kita tidak mempunyai aktiviti yang boleh touching serta boleh menyentuh untuk diaorang. Sebab itu bila kita menciptakan “Orang Mude Geng Kite”, kita harap akan ada aktiviti-aktiviti dimana kita dapat datangi mereka, kita yang akan pergi cari meraka. Selama ini, kita adakan program. [ust ja 2] Kita syok, kita harap mereka untuk datang. Dengan ada konsep dan pendekatan “Orang Mude Geng Kite”, kita turun berdepan dengan mereka, bertemu dengan mereka. Sebab itu bila slogan ini telahditerima oleh peringkat nasional, kita lihat peringkat pusat telah ada program turun ke pusat-pusat, tempat pemuda-pemuda. Dalam blog Ustaz Nasaruddin Tantawi contohnya, ada program turun ke tempat pemuda, bawa dengan alat-alat musiknya, ada program santai bersama pemuda-pemuda ini. Yang kita jumpa pemuda lelaki, remaja yang tidak tutup aurat, mereka rasa mesra dengan kita. Itulah hasrat kita ni. Kita harap dengan aktiviti-aktiviti yang kita wujudkan dalam “Orang Mude Geng Kite” ini, kita akan boleh mendekati golongan ini. Sebab kita tahu kita bukan satu gerakan politik, tapi kita gerakan dakwah. Kita kena cari mereka, kita jangan menanti, mengharapkan mereka dating cari kita. Atau dalam Istilah “jangan mengharapkan rezeki dating bergolek”.

ITDPPKD :

Melihat daripada matlamat OMGK, jelas kita lihat ianya merupakan suatu yang besar dan memerlukan komitmen daripada ahlijawatan kuasa kita. Apakah harapan ustaz didalam mengempenkan slogan “Orang Mude Geng Kite” terutama kepada masyarakat pemuda amnya dan kepada pimpinan pemuda khasnya?

Ustaz Jamaluddin:

Ana sebagai ketua pemuda,meletakkan harapan yang paling tinggi kepada pemuda-pemuda. Ana bahagi kepada 2, satu pemuda yang belum ada dalam jawatankuasa kepermudaan. Kita mengharapkan mereka tidak takut, tidak risau, tidak bimbang, tidak malu untuk datang bertemu untuk jadi rakan-rakan dewan pemuda PAS kawasan, negeri mahupun pusat. Bagi pemuda yang telah duduk didalam jawatankuasa, kita mengharapkan supaya berfikir daripada sekarang “apa yang boleh mereka sumbang untuk parti dan untuk jemaah?”. Setiap orang fikir, satu program. Klu ada idea yang baik, mungkin kita boleh bincang bersama. Yang mungkin tidak pernah terfikir idea itu dari dewan pemuda dan daripada pimpinan sendiri. Kita buat contoh bagaimana semasa singapura dilanda todak dahulu, pimpinan kerajaan singapura pada masa itu telah mencari jalan bagaimana nak menghadapi serangan ikan todak. Mereka tidak jumpa idea. Datang seorang hamba Allah yang masih muda yang masih remaja yang saudara saudari tahu namanya, dial

ah yang mencadangkan supaya ditanam batang-batang pisang di tepi-tepi laut. Sehingga ikan itu akan serang pada batang-batang pisang, mereka akan lekat dan boleh dibunuh ikan-ikan itu. Ini hasil daripada idea yang dating pada orang muda. Idea tu ada kadang-kadang, tapi mungkin kita tidak pernah berjumpa, ataupun rakan-rakan pemuda tidak menggunakan satu ruang masa yang formal untuk berfikir apa yang boleh disumbangkan kepada Islam.

Harapan ana pada pimpinan, pertamanya pimpinan harus menyedari mereka bukannya duduk pada tahap orang biasa. Setiap daripada gerak langkah mereka diperhatikan, dinilai dan dilihat. Bukan sahaja oleh manusia, oleh rakan-rakan jawatankuasa pemuda dibawah, juga oleh Allah SWT. Kita kena ada sifat muraqabah. Yang kedua pemuda yang menjadi pimpinan harus yang kalau tidak sepenuh masa, separuh masa mereka digunakan untuk berfikir untuk Islam dan perkembangannya. Yang ketiga pimpinan harus perkasakan dari sudut kerohanian, dari sudut spiritual mereka. Sebab mereka tempat pergantungan orang bawah. Sekiranya jiwa mereka, roh mereka kontang, mereka tidak mampu menangung beban dan harapan daripada orang-orang bawah. Maka kita jadilah seorang yang ‘abid se’abid-‘abidnya diwaktu malam dan siang kita akan menjadi seorang panglima seumpama singa. Dan kita kombinasikan kedua ini, maka boleh lah kita lahirakan pimpinan yang semasa berada dalam dewan pemuda ini akan mampu memberikan dan mempersembahkan satu sumbangan semaksima mungkin.

ITDPPKD :

Ana melihat suasana masyarakat di Terengganu ni sangat berbeza dangan tempat-tempat. Contohnya masyarakat di Bangan Pingan, dikatakan mereka lebih terbuka tidak kira dikalangan pihak kita atau di pihak UMNO. Berbanding dengan suasana kita di Terengganu yang seolah-olah tidak ada ruang untuk berbincang. Apakah komen ustaz tentang hal ini?

Ustaz Jamaluddin:

Ana suka guna istilah pemuda atau jawatankuasa perjauangan Islam mesti ada budaya absorb. Maksudnya budaya menyerap masuk dalam masyarakat. Dan kita kena memperkasakan diri, supaya semasa kita dalam menyerap dalam masyarakat itu kita tidak akan dipengaruhi oleh orang. Tapi tujuan kita menyerap itu supaya mad’u akan boleh hamper dengan kita. Dan kita tidak akan mempertebalkan lagi gaps atau pun kita [ust ja 3] sebagai ahli perjuangan Islam dengan mereka. Kita gerakan dakwah, kita bukan gerakan ketenteraan. Kita memerlukan orang dan kita merupakan warisan Rasulullah SAW. Rasulullah mengajar kepada kita dia boleh masuk dengan siapa pun. Dengan orang yahudi boleh masuk, dengan orang kristian boleh masuk, dengan orang yang kasar boleh masuk, dengan orang lembut boleh masuk. Dan ini sebenarnya perlu dibahaskan. Kita tengok bagaimana, tokoh-tokoh gerakan dakwah tidak mempersetujui sekiranya kita menyediakan gaps dalam kerja-kerja islam. Dan pimpinan kita pun sudah menggunakan pendekatan engagement, memasuki masyarakat. Mungkin Terengganu ini mungkin sejarah lama. Sejarah ketika ada pimpinan ketika itu yang agak tegas. Padan dan sesuai pada ketika itu. Bukan salah, tp sesuai. Waktu itu mungkin dengan orang kerap menggunakan pendekatan kufur mengkufur, ataupun politik suku ugama suku. Pimpinan waktu itu menggunakan pendekatan ini untuk nak “zadduz zaraii’”. Tapi malangnya, bila suasana sudah berubah. Orang UMNO sudah lagi tidak bercakap pasal kufur mengufur ataupun jugak politik suku ugama suku, ia tinggal bekas. Di Terengganu ini sendiri khususnya. Dimana ia rasa agak kurang mesra dengan kita. Dan mungkin juga ada campur tangan oleh musuh-musuh Islam. Orang UMNO Berjaya membina tembok ini. Dan kita tidak boleh menyerah pada tembok yang ada. Kita nak leburkan supaya kita akan terus menuju kepada masyarakat tanpa mengenal pada peringkat mana sekalipun.



ITDPPKD :

Maksud Ustaz “Orang Mude Geng Kite” merupakan salah satu langkah untuk mengubah suasana ini?

Ustaz Jamaluddin:

Iya. Salah satu daripadanya. Kita harap, kita jumpa diaorang dan kita cairkan tembok ni. Mungkin peringkat awal sesetengah orang akan berkata “PAS ni dah gila nak kuasa sampai habis “ mereka tidak memahami konsep dakwah. Mereka tidak tahu dimanakah di istilahkan immunity. Adakah maksud immunity masjid ini jangan bagi orang kafir masuk masjid? Sehinggakan orang kafir itu nak tahu ilmu agama tiada tempat lagi. Hendak ke masjid tidak boleh. Tapi bagaimana di Kelantan, bagaimana di negeri tertentu sudah ada program-program agama sudah ada orang bukan Islam dating dan . Di Perak contohnya, usrah yang selama ini dianggotai oleh anggota PAS, tiba-tiba orang kafir boleh mari untuk mendengar. Itu tidak apa, kita iklankan dakwah kita, kita boleh buat sempadan sedikit boleh. Bila berkaitan dengan organisasi. Tapi dakwah kita iklankan, kita bukakan.

Dipetik daripada Portal Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

Sunday, March 21, 2010

BONGKAR 6-EHSAN & ROYALTI


6. Kerajaan Negeri Bergantung Kepada Ehsan Kerajaan Pusat

i. Kerajaan Negeri Terengganu gagal mencari sumber-sumber pendapatan lain dalam menampung keperluan kewangan.

ii. Bajet Negeri Terengganu sejak tahun 2005 adalah bergantung sepenuhnya kepada ehsan kerajaan pusat melalui pemberian wang royalti minyak.

iii. Pembentangan bajet untuk tahun 2010 pada 21 Disember 2009 mencatatkan hanya 8% sahaja sumber pendapatan negeri datang dari hasil negeri.

iv. Manakala 92% hasil adalah dari ‘Dana Khas Kerajaan Persekutuan’

7. Royalti Minyak Belum DiKembalikan

i. Kerajaan Pusat masih belum mengembalik wang royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu. Rakyat telah ditipu oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang berkata royalti telah dipulangkan sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu

ii. Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 21 hingga 23 Disember, 2009, Menteri Besar mendedahkan kerajaan Terengganu meminta kerajaan Pusat membayar lebih RM 2bilion royalti yang telah dibelanjakan oleh kerajaan Pusat, namun kerajaan pusat hanya mahu membayar RM 1 bilion sahaja

iii. Kerajaan Terengganu belum menandatangani persetujuan dan belum menarik kembali kes saman yang dikemukakan semasa kerajaan PAS

Blog Dr Syed Azman: SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN

Blog Dr Syed Azman: SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN

Thursday, March 18, 2010

JOM SAMBUT AGONG

Thursday, March 11, 2010

BONGKAR 5- Piala Monsun & Taman Tamadun Islam




i. Monsoon Cup dimulakan pada tahun 2005 dan sehingga sekarang sudah 5 kali dianjurkan di Pulau Duyong, dalam DUN Bukit Tunggal
ii. Penganjuran Monsoon Cup penuh kontroversi kerana perbelanjaan keseluruhan yang mencecah lebih RM1 bilion
iii. Ia termasuk persiapan tempat pertandingan, pembangunan Kelab Teluk Warisan, pembinaan Marina, pembangunan chalet, pembelian kapal layar dan perbelanjaan tahunan penganjuran
iv. Sehingga kini jumlah sebenar tidak diketahui kerana penganjuran yang diberikan hak kepada syarikat T-Best Event Sdn Bhd yang tidak pernah di audit.
v. Bagi membolehkan pertandingan Monsoon Cup diadakan sebanyak lebih RM550 juta dibelanjakan untuk mendalamkan muara, membina tebing dan mendalamkan ‘basin’ Pulau Duyong.
vi. Sebanyak RM200 juta dihabiskan untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan yang menjadi tempat utama penganjuran Monsoon Cup kemudian diletakkan dibawah syarikat Kelab Teluk Warisan Sdn Bhd.
vii. Pembinaan chalet sebanyak 58 buah yang terdapat di Kelab Teluk Warisan pula adalah bernilai RM1 juta setiap buah
viii. Pada 22 Oktober, 2008, ketika Kerajaan Negeri Terengganu mengambil alih Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membuat kenyataan yang mengelirukan dengan mengatakan Kelab Teluk Warisan sebelumnya di uruskan oleh kontraktor yang membinanya.
ix. Sedang dalam laporan Tahunan Terengganu Development Bhd (TDM) jelas disebutkan bahawa Dato’ Wan Hisham Wan Salleh adalah menjadi Pengerusi kepada T-Best Event dan Kelab Teluk Warisan Sdn Bhd.
x. Bemakna setelah tiga tahun pengurusan Kelab Teluk Warisan berjalan, kerajaan negeri Terengganu mengambil alih tanpa mengambil kira samada Kelab Teluk Warisan untung atau rugi
xi. Penganjuran Monsoon Cup adalah satu penyelewengan dan pengagihan Dana Khas, wang royalti minyak negeri Terengganu melalui projek-projek mega yang dilaksanakan pada zaman Dato’ Seri Idris Jusoh

Sunday, March 7, 2010

BONGKAR 4-TANAMAN STRAWBERI (TIPU)


Tanaman Strawberi (Tipu)
i. Pada 14 Februari 2007, akhbar Berita harian melaporkan Terengganu dijangka mengeluarkan strawberi pertamanya selepas projek perintis penanaman strawberi menggunakan kaedah fertigasi di tanah rendah mengeluarkan hasil selewat-lewatnya akhir tahun itu

ii. Projek itu yang ‘kononnya’ pertama di Malaysia dan Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan tanaman strawberi tanah rendah secara bioteknologi melalui fertigasi biohidrotronik.

iii. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Peniaga Kecil negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pembangunan untuk pelaksanaan projek itu yang dikenali sebagai Rumah Hijau Terengganu dibangunkan pereka tempatan, Zulkifli Harun daripada Zull Design Autotronik Sdn Bhd.

iv. Kos keseluruhan bagi membangunkan projek ini sekitar RM200,000 dan kerajaan menyediakan peruntukan bagi melaksanakannya menerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah.

v. Sehingga kini, tidak ada sebutir pun Strawberi yang dikutip dari projek tersebut.

vi. Namun kerajaan Terengganu tidak mengakui ia adalah gagal dan menyatakan dalam jawapan bertulis sidang DUN, ia adalah satu projek percubaan sahaja.

Tuesday, March 2, 2010

IJTIMA' PONDOK & PUSAT PENGAJIAN ISLAM SE TERENGGANU

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO