Sunday, February 28, 2010

BONGKAR 3-PROJEK FERTIGASI


3. Projek Fertigasi Mega (Gagal)

i. Fertigasi adalah berasal dari perkataan ’fertigation’ dan ’irrigation. Secara umumnya, ia boleh dikatakan sebagai kaedah pengeluaran tanaman samada sayuran atau buah-buahan menggunakan teknologi tinggi melalui pemberian baja dalam bentuk larutan dan sistem pengairan. Melon, cili dan tomato merupakan tanaman utama dalam Projek Fertigasi Mega ini.



ii. Pada tahun 2006, Jabatan Pertanian menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu melalui UPEN Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM 20 juta bagi tujuan melaksanakan Projek Fertigasi Mega di seluruh negeri Terengganu .

iii. Daripada jumlah ini, sebanyak RM 16 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan diperuntukkan kepada daerah-daerah untuk diagihkan dalam bentuk pinjaman kepada peserta yang dipilih oleh ADUN kawasan berkenaan

iv. Namun Exco Pertanian pada sidang DUN Disember 2009, hanya menyatakan jumlah RM15.5 juta sahaja

v. Pada mulanya melibatkan 275 peserta kemudian menjadi kurang kepada 249 peserta Setiap peserta diberi pinjaman dalam bentuk barangan dan input bernilai RM 50,000.00 dan akan membayar balik 50% dari pinjaman dalam tempoh 10 tahun. Setiap peserta akan menanam sebanyak 2,000 pokok..

vi. Objektif pelaksanaan projek ini adalah bertujuan untuk memberikan pendapatan tambahan kepada setiap peserta sekurang-kurangya RM 1,000.00/bulan.

vii. Namun objektif itu telah gagal, wakil rakyat Kerajaan BN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada bulan Disember tahun lalu projek Fertigasi Mega tidak berjaya.

viii. Projek dimulakan pada sekitar April/ Mei, 2006 diputuskan untuk dilaksanakan oleh Terengganu Agrotech Developement Corporation (TADC), anak syarikat PERMINT yang ditubuhkan untuk tujuan pemasaran hasil pertanian.

ix. Namun kemudian, TADC gagal dan pelaksanaan projek telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri pada bulan Oktober, 2006, kerana TADC tidak mempunyai sumber manusia dan kepakaran.

x. Baki peruntukan sebanyak RM 4 juta dikekalkan kepada TADC yang melaksanakan projek tersebut secara bersendirian. Projek TADC masih dalam perlaksanaan di Telaga Papan, Setiu, Terengganu.

xi. Kontraktor pelaksana setiap projek dipilih oleh ADUN dan indent yang dikeluarkan adalah dengan nilai RM 49,950.00, secara pesanan belian (inden) untuk mengelakkan projek ditender. Jumlah ini adalah kurang RM 50.00 dari jumlah dinyatakan diberi kepada peserta.

xii. Pihak Jabatan Pertanian tidak dirunding didalam pemilihan peserta dan pemilihan kontraktor. Namun begitu, semua kontraktor telah dibayar jumlah sepenuhnya kos projek pada akhir tahun 2006, walaupun kerja-kerja belum disiapkan atau dilaksanakan. Perkara ini menyalahi peraturan dan satu laporan telah dibuat kepada BPR berkaitan perkara tersebut.

xiii. Tindakan pihak kewangan Negeri membayar sepenuhnya kepada kontraktor walaupun kerja belum dilaksanakan, dikatakan bagi mengelakkan peruntukan projek dikembalikan kepada kerajaan pusat (peruntukan tidak dibelanjakan)
xiv. Perkara ini berlaku kerana kelewatan perlaksanaan projek yang pada mulanya diserahkan kepada TADC, tetapi diserahkan lewat kepada Jabatan Pertanian, setelah TADC tidak mampu untuk melaksanakannya.

xv. Fertigasi Mega adalah satu projek propaganda bertujuan meningkatkan imej kerajaan negeri yang memakai slogan ‘Memahat Sejarah’. Ia memang menjadi sejarah kerana kerugian yang telah dialami oleh rakyat negeri Terengganu.

xvi. Projek ini dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa perancangan terperinci kerana Jabatan Pertanian Negeri Terengganu pula masih menjalankan kajian terhadap kaedah penanaman fertigasi.

xvii. Para pegawai belum didedahkan sepenuhnya kepada kaedah ini dan hampir semua pegawai dan kakitangan Jabatan, disemua pusat-pusat perlaksanaan projek Fertigasi tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.

xviii. Menurut MARDI, setiap peserta hanya mampu melaksanakan tanaman fertigasi sebanyak 500 pokok sahaja, sebaliknya setiap peserta diberi 2000 pokok.

xix. Perlaksanaan projek (terbesar) di kawasan Telaga Papan, Setiu, mengesan beberapa permasalahan. Antaranya selepas sebulan ditanam, pohon masih belum berbuah dan kaedah-kaedah yang digunakan tidak selaras

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO