Wednesday, February 17, 2010

PEMIKAT 2010



Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu(DPPKT) akan mengadakan Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu 2010, dengan tema Orang Mude Geng Kite-Jom Berubah pada 19 Februari, bermula jam 8 pagi hingga 12 malam.

Menurut Jurucakap DPPKT, program PEMIKAT yang dijadikan acara tahunan itu kali ini bakal menyaksikan kelainan apabila ia tidak melibatkan perkhemahan. Aktiviti-aktiviti yang diatur pula lebih 'mesra pemuda' dan orang awam apabila pihak penganjur mengadakan program seperti Pameran Bomba dan Agensi Anti Dadah, pemeriksaan kesihatan alternatif, permainan 'Playstation' untuk remaja dan kanak-kanak, Ceramah Motivasi yang akan disampaikan oleh Pensyarah Dr Noraini Hashim, Konsert Alternatif oleh Renggo, Alim Shoutul Amal dan Zulkarnain serta banyak lagi.

"Orang ramai dijemput dialu-alukan berkunjung ke Karnival Himpunan Pemuda Islam tersebut yang akan dirasmikan oleh Dato' Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu", kata jurucakap DPPKT.

1 Comentário:

Unknown said...

perghhhhhhhhh best ut bro..apakan daya aku tk dapat ke sana...moga pru 13 ini orang mude menguasai ganung kiter

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO