Monday, March 29, 2010

Bangunan Runtuh Lagi



KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan terbunuh, manakala empat rakannya cedera parah apabila besi perancah bangunan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 petang ketika lima pekerja warga Bangladesh itu sibuk melakukan kerja konkrit pemasangan lantai tangki air di tingkat empat bangunan berkenaan sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Berikutan runtuhan itu, empat mangsa yang berada di tingkat empat pada ketinggian lapan meter dikatakan terjatuh bersama besi dan simen lalu menghempap seorang pekerja lain di bawah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Pauzan Ahmad ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya bersama 25 anggota bergegas ke lokasi terbabit selepas menerima laporan jam 5.25 petang.

Menurutnya, mangsa pertama yang ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan tertimbus bersama besi dan simen basah.

"Mangsa terakhir berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.45 petang dan semua mangsa yang terselamat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa terakhir dikatakan terjatuh daripada tingkat atas dan dia ditemui parah di celah tetulang konkrit. Bagi menyelamatkan mangsa, kami terpaksa memotong besi dan gunakan air untuk mengelak konkrit menjadi keras,” katanya.

Menurutnya, identiti semua mangsa belum diketahui.

Katanya, kerja pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika UMT itu dilakukan lapan pekerja, namun hanya lima pekerja sahaja terbabit dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang segera mengunjungi tempat kejadian berkata, insiden berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri, bukannya disebabkan struktur bangunan.
..............
Berita Sinarharian

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO