Monday, May 31, 2010



DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut komando Negara Haram Israel terhadap rombongan bantuan misi kemanusiaan dari pelbagai negara termasuk Malaysia petang semalam waktu Malaysia.

Kami telah mengarahkan seluruh pemuda negeri Terengganu agar melaksanakan solat hajat dan berdoa agar rombongan misi tersebut selamat dan dilindungi Allah sepanjang perjalanan.

Tindakan jahat ini tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana ianya jelas bertentangan dengan deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 yang dipersetujui bersama di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kami berpendapat bahawa kerajaan Malaysia bersikap ‘double standard‘ kerana dalam pada mengutuk serangan Israel itu, pada waktu yang sama, masih terus menggunakan khidmat APCO Worldwide sebagai penasihat. Tambahan pula, sikap kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas menunjukkan bahawa secara tidak langsung mereka tunduk kepada Zionis Israel.

Kami mendesak kerajaan Malaysia mengambil pendirian yang lebih tegas dengan memecat APCO Worldwide sebagai penyataan sikap memboikot Zionis Israel.

Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam serangan tersebut, serta menyeru seluruh rakyat Terengganu terutamanya pemuda Islam untuk sama-sama menyertai Demonstrasi Aman di kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Jun ,Jumaat ini.

ALLAHU AKBAR!!!

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO