Monday, May 10, 2010

'MELAYU BANGKIT' BERBAU HASUTAN

http://buletinonline.net/images/stories/berita25/melayubangkit%20004.jpgKUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyifatkan program ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkan oleh Institut Integriti Terengganu berbaur hasutan, mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum.
Program tersebut yang akan diadakan pada 13 Mei depan, lebih mencurigakan, kerana tarikh tersebut sinonim dengan peristiwa rusuhan antara kaum pada tahun 1969.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak penganjur mesti mengambil tindakan membatalkan program tersebut bagi mengelakkan sebarang provokasi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, penganjuran program tersebut juga telah bercampur aduk antara parti dan kerajaan dimana Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) bukan kakitangan kerajaan tetapi adalah ahli Umno yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.

“Institut Integriti adalah sebuah Jabatan kerajaan, bagaimana Umno boleh dibenarkan menggunakan sebuah jabatan kerajaan,

“ini bermakna, tidak ada lagi integriti dalam Institut Integriti,”ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, tema ‘Melayu Bangkit’ juga adalah satu tema perkauman yang tidak sesuai dengan semangat 1Malaysia sebagaimana dipromosikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, tema tersebut pernah digunakan oleh ‘fanatik’ Umno beberapa bulan dulu, kononnya membantang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Sedangkan sebelum ini, beliau berkata, berpuluh tahun Pulau Pinang ditadbir oleh Ketua Menteri bukan Melayu dari Parti Gerakan.

"tema ‘Melayu Bangkit’ menimbulkan keresahan d kalangan penduduk, terutamanya bukan Melayu dan orang-orang Melayu bukan Umno, ia tidak mencerminkan malah kontra dengan slogan dan penghayatan 1Malaysia,”

“pemilihan tarikh tersebut juga adalah satu kontroversi di mana tarikh 13 Mei masih merupakan tarikh yang sensitif dalam hubungan antara kaum,”tegasnya.

Justeru, katanya, Dewan Pemuda PAS akan membuat satu laporan polis berkaitan penganjuran program tersebut dan memohon pihak polis supaya mengadakan penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekalkan keharmonian

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO