Saturday, February 20, 2010

BONGKAR 2-TAMAN ILMU



  1. PROJEK TAMAN ILMU yang bernilaI RM 410juta, tergendala dan gagal disiapkan mengikut jadual.
  2. Ia termasuk projek -projek mega yang dilaksanakan secara 'terus' dari Putrajaya.
  3. Projek yang dibiayai oleh 'wang ehsan' itu,sehingga kini gagal direalisasikan sebagai sebuah pusat ilmu bertaraf dunia sebagaimana perancangannya.
  4. ia diakui oleh Menteri Besar Dato' Ahmad Said, ketika mengadakan sesi soal jawab bersama media pada Mei 2009.
  5. Senarai projek yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu tahun 2008 telah menunjukkan lima parcel pembinaan komponen Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM telah mengalami kelewatan selama sembilan bulan. JKRNT meletakkan jangkaan, keenam-enam parcel pembinaan dijangka siap pada Disember 2008.
  6. Kampus Induk UDM termasuk dalam pembinaan Taman Ilmu , namun ia bukan lagi menjadi kampus utama sebagaimana yang dirancang.
  7. Pembinaan Masjid di kawasan Taman Ilmu adalah termasuk dalam Parcel A yang bernilai RM46.8juta.
  8. Pada 16 Disember 2009, 'slack' konkrit menara masjid berkenaan telah runtuh.
  9. Pembinaan Parcel D adalah Pusat Pelajar sepatutnya siap pada 27 Ogos 2008 dan pembinaan Parcel E, Dewan Konvokensyen sepatutnya siap pada 27 Disember 2008.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO