Wednesday, February 24, 2010

KENYATAAN MEDIA DPPNT BIL 1/2010

KENYATAAN MEDIA BIL 1/2010
(25 Februari 2010)

JENAYAH BELIA TERENGGANU MEMBIMBANGKAN

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu tidak terkejut atas kenyataan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Syukri Dahlan pada 23 Februari(Selasa) yang dikeluarkan Bernama, yang menyatakan bahawa 60% jenayah dilakukan oleh golongan belia. Ini kerana perkara yang sama telah dinyatakan pada tahun lepas.

Kami merasa kecewa dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu semalam (24 Februari) yang mendakwa bahawa jumlah 6000 pelajar menengah Terengganu terlibat dengan ponteng, merempit, pelbagai jenayah dan penyalahgunaan dadah sebagai kecil berbanding dengan bilangan keseluruhan pelajar negeri ini.

Sepatutnya jumlah itu dipandang sebagai sangat membimbangkan kerana ia melibatkan perlakuan jenayah. Perbandingan sepatutnya dibuat berdasarkan kepada bilangan, bukan peratus. Kami bimbang sikap kita yang suka memperkecilkan bilangan perlakuan jenayah belia menyebabkan ia akan bertambah dari masa ke semasa.

Justeru, kami bersedia bekerjasama dengan pihak polis atau mana-mana badan pencegahan jenayah untuk membendung masalah ini agar tidak berterusan dan merebak dengan meluas.

Kami juga mendesak agar Kerajaan negeri melakukan usaha yang bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan hukum Islam berdasarkan kepada Perlembagaan Negeri Terengganu yang telah di’Islam’kan di zaman pemerintahan PAS dahulu. Bukankah sudah terbukti di zaman pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004, kadar jenayah turun dengan keberkatan pemerintahan yang berlandaskan Qur’an, Sunnah, Ijmak dan Qias?

Kami juga yakin kenaikan mendadak jumlah keterlibatan belia dalam jenayah Terengganu disebabkan oleh ketiadaan keberkatan Allah terhadap pemerintahan Umno Barisan Nasional yang tidak mahu tunduk kepada perintah Allah dalam hal pemerintahan.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN
MEMPERSADA PERJUANGAN

Yang benar,

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO