Thursday, May 6, 2010

IBU WAKIL RAKYAT TERIMA ZAKAT

Petikan Berita SinarHarian 6 Mei 2010, ms T2:

Pelajar guna wang zakat untuk melancong


BESUT - Seorang ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini antara individu dikesan menerima agihan wang zakat kategori fakir miskin oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) tahun lalu.

Selain ibu kepada wakil rakyat terbabit, individu lain yang tersenarai menerima agihan wang berkenaan adalah mereka yang mempunyai simpanan mencecah RM79,000 dalam akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, perkara itu berlaku kemungkinan kerana mereka yang diamanah menyenarai penerima agihan zakat tidak meneliti status kelayakan sepatutnya diterima penerima zakat bagi kategori fakir miskin.

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun dapat diselesaikan apabila Maidam mengambil tindakan segera mengeluarkan nama terbabit daripada senarai penerima wang zakat manakala wakil rakyat berkenaan yang menyedari kesilapan itu meminta nama ibunya dikeluarkan daripada senarai penerima.

“Saya tidak menyalahkan wakil rakyat terbabit tetapi perkara ini berlaku mungkin disebabkan pihak yang menyenaraikan nama penerima tidak menyemak dengan betul sebelum diserahkan kepada Maidam atau tidak mengemas kini maklumat.

“Mungkin dulu calon itu daripada keluarga yang benar-benar miskin tetapi sekarang anak telah berjaya, menjawat jawatan tinggi termasuk sudah menjadi wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Taklimat dan Garis Panduan Agihan Wang Zakat kepada amil dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Besut di Masjid Hadhari di sini.

Wan Harujan berkata lagi, Maidam akan membuat pemutihan dalam kalangan senarai penerima wang zakat bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerimanya.

Katanya, sekarang seramai 39,000 penerima wang zakat disenaraikan untuk menerima zakat setiap tahun dan jumlah itu semakin bertambah apabila senarai baru setiap kali waktu agihan dibuat menjelang hari raya.

Bagaimanapun katanya, daripada jumlah itu kira-kira 8,000 penerima tidak datang menerima wang zakat pada tahun lalu ketika agihan dibuat menjelang hari raya.

Beliau berkata, antara punca mereka yang tidak hadir mungkin malu disebabkan dikategorikan sebagai fakir miskin tetapi individu terbabit golo-ngan berpendapatan tinggi termasuk kes lain seperti telah meninggal dunia.

Wan Harujan berkata, majlis penerangan kepada amil dan pengerusi JKKK akan dibuat di seluruh negeri bagi memastikan semua penerima yang bakal menerima agihan wang zakat tahun ini menepati kriteria ditetapkan Maidam

Beliau meminta semua amil dan JKKK di negeri ini menyenarai semula penerima baru yang betul-betul layak sahaja kepada Maidam untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Maidam juga akan membuat pemantauan terhadap pelajar yang menuntut di luar negara yang menerima agihan zakat daripada agensi itu kerana sebelum ini berlaku beberapa kepincangan dilakukan pelajar terbabit.

“Kita sudah mengesan pelajar yang menerima wang zakat untuk belajar di Mesir tetapi disalahguna bagi tujuan melancong ke beberapa negara Barat,” katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, mulai tahun ini agihan zakat kepada pelajar yang menuntut di luar negara akan dihalusi dan ditemuduga sebelum diberikan kepada mereka selain memberikan secara ansuran.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO