Wednesday, May 12, 2010

PEMUDA PAS MAHU GERTAK DISIASAT

Ihsan Malaysiakini.com.
...................................................
Walapun perhimpunan besar 'Melayu Bangkit' sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969 ditangguhkan, Pemuda PAS Terengganu tetap mahukan penganjurnya disiasat polis.

"Kalau batal (terus) kita setuju. Tangguh (program) kita tidak setuju. Harap pihak polis terus menyiasat. Kita curiga ia akan diadakan semula pada masa yang lain," kata Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Wan Mohd Faizul Wan Abas.

Beliau diminta mengulas tindakan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) menangguhkan perhimpunan 10,000 orang Melayu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu yang ditentang pelbagai pihak, termasuk pembangkang dan parti politik kerajaan.

Pengerusi GERTAK Razali Idris memberitahu, program yang melibatkan mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu ditangguhkan atas nasihat penganjur bersamanya Institut Integriti Terengganu yang "tidak mahu isu itu dipolitikkan".

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini Wan Mohd Faizul berkata pagi tadi beliau mewakili Pemuda PAS negeri membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Terengganu supaya GERTAK disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Pertubuhan.

Dalam aduannya, Wan Mohd Faizul berkata terdapat "kecenderungan menghasut" dan "ada unsur mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia".

"Ini jelas apabila tajuk 'Melayu Bangkit' itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei yang sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang berlaku pada 13 Mei 1969," laporan polis itu dipetik.

GERTAK juga perlu disiasat di bawah akta pertubuhan bagi memastikan keabsahannya sebagai sebuah pertubuhan dipastikan, tambahnya dalam laporan itu.

Menurut Wan Mohd Faizul, turut hadir dalam sidang media itu Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah dan beberapa orang pemimpin Pemuda negeri.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan (kiri), GERTAK menrancang program tersebut bagi membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

Razali dipetik sebagai berkata, tarikh itu dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

Bagaimanapunm sehari selepas diwar-warkan, program tersebut dibantah pelbagai pihak antaranya oleh PAS, PKR, MCA, MIC dan beberapa NGO lagi, dengan mengaitkankkan dengan unsur perkauman.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO