Saturday, December 26, 2009

KOMITED 09

Kuala Terengganu, 25 Disember- Konvensyen Kepimpinan Muda Negeri Terengganu (KOMITED '09) anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah diadakan di Dewan Dato' Hj Wan Mutalib Embong Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu kelmarin. Program yang menghimpunkan seluruh jawatankuasa Pemuda Pas di setiap peringkat sama ada Kawasan, Dun dan Cawangan itu telah berjaya menarik seramai lebih lima ratus peserta dari seluruh Terengganu.

Program yang julung-julung kali diadakan seumpamanya di Terengganu itu, merupakan suatu usaha untuk mengekalkan momentum yang berterusan kebangkitan pemuda Terengganu setelah berjayanya Himpunan Pemuda Islam Terengganu 09 (HIMPIT 09) yang diadakan di Geliga Kemaman beberapa bulan yang lalu.


Program KOMITED '09 yang bertemakan "ORANG MUDA GENG KITA" JOM BERUBAH itu mempunyai beberapa objektif khusus. Antaranya adalah:
  • Menghimpunkan petugas pemuda khususnya diperingkat bagi meningkatkan semangat dan ilmu pengetahuan
  • Meneruskan momentum gelombang kebangkitan pemuda bagi memacu kemenangan Islam kelak
  • Menggerakkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan petugas pemuda khususnya berhubung dengan kepentingan kerja-kerja pilihanraya perlu dimulakan dari sekarang.
Antara pengisian yang dibuat ialah pembentangan oleh Dato' Tuan Guru Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya Pas Terengganu yang menyentuh tajuk "PRU 13: GERAKERJA PEMUDA". Beliau menekankan betapa pentingnya usaha dakwah fardiah setiap pemuda Pas untuk meramaikan ahli Pas di kalangan kaum keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga memberikan tip-tip bagaimana cara menetapkan sasaran dakwah secara tersusun yang akan membuahkan hasil sehingga mencapai matlamat meng'rekrut'kan ahli Pas seramai mungkin demi kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Tuan Guru Dato' Hj. Harun bin Taib dalam ucapannya juga menegaskan bahawa perhatian yang lebih banyak hendaklah diberikan kepada golongan muda khususnya tanpa mengabaikan golongan tua. Biarlah digandingkan kekuatan orang muda dengan kebijaksanaan orang tua. Gandingan ini merupakan satu gandingan yang kukuh dan bisa menewaskan pihak musuh yang cuba melaga-lagakan antara golongan tua dan golongan muda.

Di program itu juga, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahya Ali juga menyampaikan ucapan. Antara perkara penting yang disentuh oleh Tuan Haji Yahya Ali dalam ucapannya adalah berkenaan pemerkasaan parti. Beliau menegaskan kepada semua hadirin bahawa di hadapan kita ada satu tanggungjawab yang besar dan mesti kita tunaikan berdasarkan kemampuan kita. Sebagai ahli kepada gerakan Islam hendaklah kita mengembelingkan tenaga, kepakaran dan pengalaman kita demi untuk menggerakkan dan seterusnya memperkasakan parti kita iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menurut Tuan Haji Yahya Ali lagi, Hendaklah diagendakan pemerkasaan organisasi sama ada diperingkat kawasan, Dun atau cawangan. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan organisasi hendaklah dipertingkatkan serta direalisasikan dan bukan hanya sekadar retorik semata-mata.

Manakala dalam sesi kedua, Ustaz Ahmad Kamal Ali selaku Pengarah Pilihanraya Pemuda Negeri membentangkan kertas kerja bertajuk "PRU 13:Persiapan Jentera Pilihanraya Pemuda". Kemudian, Panel seterusnya iaitu al fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik dijemput untuk berucap. Beliau memberikan rangsangan kepada peserta dengan menekankan bahawa kalau bukan pemuda Pas yang ada sekarang, siapa lagi yang akan diharapkan untuk membela Islam.

Akhirnya, majlis dirasmikan penutupannya oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, al fadhil Ustaz Haji Nasrudin Hasan Tontowi.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO