Tuesday, December 8, 2009

PERTEMUAN DENGAN BLOGGER

Sessi fotografi pimpinan PAS Negeri bersama sebahagian blogger dan webmaster.
Ketua Lujnah Penerangan, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh sebagai penganjur majlis.
Sebahagian blogger dan web master tekun mendengar amanah dari YB Dato Pesuruhjaya.
Kelihatan Ustaz Saiful Bahri Mamat (Timbalan Pesuruhjaya), Haji Yahaya Ali (Setiausaha) dan Haji Muhyiddin Abdul Rashid (Bendahari).
Antara pimpinan Dewan Harian Negeri yang hadir bersama blogger dan webmaster.
Sebahagian blogger selepas acara makan malam...ada yang termenung panjang.
Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Saiful Bahri Mamat sedang berbual dengan salah seorang blogger.
Tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama pimpinan PAS Negeri.
Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato Ustaz Harun Taib selepas sessi fotografi.

KUALA TERENGGANU : Para blogger diminta memperhebatkan penyebaran maklumat untuk memberi gambaran tentang kehebatan dan keindahan Islam kepada masyarakat melalui komunikasi maklumat di alam maya.

YB Dato' Ustaz Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian dalam majlis perjumpaan antara pimpinan PAS Negeri Terengganu dan sebahagian blogger dan webmaster yang bersama gerakan Islam di sini, semalam.

Majlis anjuran Lujnah Penerangan PAS Negeri Terengganu dikendalikan oleh Ketua Penerangan, Ustaz Haji Nik Zawawi Nik Salleh.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu antaranya Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat (Timbalan Pesuruhjaya), Hj Yahaya Ali (Setiausaha), Hj Muhyiddin Abdul Rashid (Bendahari), Ariffin Deraman (Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri), Hajjah Safinah Jusoh (Ketua Dewan Muslimat Negeri), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda Negeri), Wan Faizol Wan Abas (Setiausaha Dewan Pemuda Negeri) serta sebahagian blogger dan webmaster yang aktif di Terengganu khasnya.

Peranan para blogger muktakhir ini memberi satu kesan yang kuat dan mendadak kepada dunia politik khasnya.

Contohnya apa yang didakwa sebagai krisis kepimpinan dalam PAS yang dikeluarkan dalam salah satu blog telah menjadi panas dan hangat sehingga membawa kepada Mesyuarat Khas PAS Pusat yang mana sebelumnya dicadangkan diadakan satu EGM.

Mesyuarat Khas telah berlangsung dan merumuskan tiada apa kepentingan untuk diadakan satu EGM dan ianya adalah mainan politik segelintir musuh Islam yang cuba merekacipta suasana yang tidak selesa kepada PAS.

Semua ini tercetus dari pandangan dan kritikan dalam blog dan laman web yang memang diakui tiada sempadan dan halangan untuk mengawalnya.

Perjumpaan yang julung kali dalam tempoh sepuluh tahun ini berjaya mendapatkan beberapa 'input' positif kearah memperhebatkan penyebaran maklumat dan isu semasa untuk merangka kemenangan kepada PAS dalam PRU ke-13 nanti.

Dialog dua hala antara kepimpinan dan para blogger dan webmaster ternyata memberi kesimpulan tentang gerakerja yang perlu dilakukan oleh para blogger dan webmaster untuk memperkasakan PAS di mata masyarakat.

YB Dato' Ustaz Pesuruhjaya sendiri yakin peranan para blogger memberi kefahaman dan ilmu Islam kepada masyarakat akan memberi momentum baru kepada PAS untuk memenangi pilihanraya akan datang dan melaksanakan ajaran Islam yang sebenar dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Di akhir majlis yang penuh dengan semangat ukhwah ini, satu sessi fotografi sebagai kenangan para blogger bersama kepimpinan PAS Negeri telah diadakan.

"PAS Untuk Semua".
....................................
Petikan dari pemudakemasik.blogspot

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO