Sunday, December 6, 2009

Pemuda Pas sokong mansuhkan BTN




KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu menyokong cadangan supaya memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) kerana menganggap ia sebagai jelas untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah mendakwa, program tersebut disifatkan sebagai gagal menanam rasa kasih pada negara berdasarkan gejala sosial, rasuah dan sebagainya yang tidak pernah berkurangan.:

“Saya sendiri pernah menyertai BTN dan ketika belajar di Mesir pun, ada juga program seumpama itu diwujudkan. Program itu tidak mampu membentuk sayang pada negara tetapi hanya kepada UMNO.

“BTN gagal membentuk anak muda bersikap lebih baik kerana kalau dilihat pada gejala sosial dan jenayah yang berlaku dalam negara sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, kerajaan tidak perlu mengadakan program itu memandangkan telah banyak program sedemikian diwujudkan.

Menurut beliau, antaranya ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terpaksa menggunakan belanja besar.

“Kalau mahu diadakan juga, mereka perlu bersikap lebih demokratik dengan turut memperkenalkan pemimpin pembangkang serta parti lain selain UMNO,” katanya.

Mengulas berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan penyertaan BTN kepada kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri itu, Mohd Nor enggan mengulas.

Sebaliknya, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak terlibat dan yakin Selangor dan Pulau Pinang mempunyai alasan dan objektif sendiri.

Beliau turut percaya, pihak terlibat berkemungkinan besar mempunyai program lain dalam usaha memastikan rakyat mereka dapat bersama-sama dalam pembangunan negara.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO