Tuesday, December 22, 2009

Bajet Mengalahkan Selangor, Tapi Rakyat Hidup Bangsat!


KUALA TERENGGANU – Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12 semalam dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu ‘cukup menakjubkan’ dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.

Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang de-ngan taraf kedudukan rak-yat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kebocoran.

“Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.

“Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mengulas Bajet 2010 dibentangkan semalam.

Beliau berkata, sepatutnya bajet yang dibentangkan perlu memberi penekanan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan yang dialami rakyat yang sehingga kini masih belum selesai.

“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah asas yang dihadapi rakyat seperti perumahan, biasis-wa, kemudahan asas dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menilai kembali bajet berkenaan dan perlu lebih memberi tumpuan untuk mengembalikan hak rakyat supaya rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi tetapi biarlah rakyat lebih berdikari menikmati hasil kekayaan negeri ini.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO