BIARKAN KEMUNCUP, TERUSKAN PERJUANGAN
Kuala Terengganu, 7 Disember-Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Dato' Harun Taib dalam pertemuan ramah mesra bersama blogger PAS, memperingatkan agar jangan menghabiskan masa melayani 'kemuncup' di sepanjang jalan dalam perjuangan Islam. Pesuruhjaya menekankan bahawa semua pejuang harus teruskan perjuangan sehinggalah mencapai kemenangan hakiki, barulah ada masa untuk 'mencabut kemuncup' yang lekat di sepanjang jalan tadi.
DPPNT menyahut peringatan ini dengan penuh rasa keinsafan, lebih-lebih lagi semenjak akhir-akhir ini, PAS dilanda pelbagai isu politik dalaman yang tidak putus-putus. Yang terbaru, serangan media terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz, menantunya dan kerajaan Kelantan. Kami berharap semua pemuda Terengganu khususnya dan pemuda seluruh negara amnya tidak terlalu menghabiskan masa mereka membicarakan isu-isu yang jelas sengaja diambil kesempatan oleh Umno dan Barisan Nasional yang senantiasa dan tidak pernah berputus asa mencari peluang untuk memusnahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Kita harus fokuskan gerak kerja ke arah kemenangan total PAS dan Pakatan Rakyat dan pilihanraya umum ke 13 nanti. Marilah semua pemuda Pas Terengganu bersatu hati ke arah merampas kembali tampuk pemerintahan dari Umno yang semakin hari semakin membusuk dengan segala jenis penyelewengan dan kezaliman.
ORANG MUDE GENG KITE,
TAKBIR!!!
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment