Wednesday, December 30, 2009

XPDC DAKWAH



Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu melalui Lajnah Penerangan dan Dakwah akan mengadakan XPDC DAKWAH serentak di seluruh negeri Terengganu pada 31 Disember 2009, Khamis. Di Kuala Terengganu, kami akan berkumpul di dua tempat iaitu di Taman Awam Batu Buruk dan Taman Shahbandar untuk bertemu dengan muda mudi yang akan menyambut tahun baru pada malam ini.

Kami akan membawa risalah dakwah dari Pemuda Pas Terengganu dengan bertemakan "Orang Mude Geng Kite". Dengan adanya aktiviti dakwah ini, kami berharap dapat mengurangkan gejala sosial yang saban tahun berlaku akibat sambutan malam tahun baru.

Kami juga berharap XPDC Dakwah ini disokong dan didokong oleh semua pihak agar kita mampu membentuk masyarakat yang prihatin antara satu sama lain khususnya golongan muda, dan menyeru agar muda mudi Terengganu dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat.

Tuesday, December 29, 2009

RM 5 JUTA UNTUK MAT REMPIT?

Sekatan bantuan: Pemuda PAS akan adakan demo bantah Mesir



KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan demonstrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Kedutaan Mesir pada Jumaat, 8 Januari, 2010 selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan berkata, demonstrasi berkenaan sebagai menunjukkan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza.

Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut kini tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah dan sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza semalam sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Sehubungan itu, Pemuda PAS berharap agar seluruh rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh badan bukan kerajaan (NGO) yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali kesal dengan sikap berdiam diri Kementerian Luar Negeri berhubung sekatan Kerajaan Mesir itu.

Beliau dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily berkata, PAS mesti membuat bantahan rasmi terhadap kementerian berkenaan berhubung isu ini kerana ianya melibatkan nyawa umat Islam di Palestin.

Sunday, December 27, 2009

KOMITED 09: PERANAN PEMUDA DALAM TARBIYYAH AHLI


Kepentingan Aqidah Dalam Perjuangan Islam;

KUALA TERENGGANU – Program tarbiyyah dan perkaderan pemuda akan diperkasakan dalam merealisasikan sayap kanan parti itu menjadi tonggak kekuatan PAS bertunjangkan akidah.

Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata menjadi tanggungjawab besar kepada parti mengkaderkan ahli-ahli PAS di semua peringkat.

Ini kerana, katanya PAS menjadi minat semua pihak untuk disertai dari pelbagai latar belakang masa kini.

Menurutnya, pemikiran serta fikrah golongan yang menyertai PAS perlu diperbetulkan selari dengan aqidah dan perjuangan Islam.

“Oleh kerana, benci kepada Umno dan pilihan hanya PAS, dia pun masuk PAS. Kita pula giat berkempen agar mereka menyertai PAS.

“Tanggungjawab besar kita (PAS) ialah mengkaderkan mereka, bentuk pemikiran mereka, fikrah mereka supaya syumul, perbetulkan aqidah mereka dengan Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Konvensyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu (Komited 2009) di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 25 Disember lalu.

Ustaz Nasruddin turut melahirkan rasa kebimbangan jika parti gagal menguruskan kemasukkan ahli yang ramai dengan kefahaman Islam yang sebenar.

“Saya bimbang kita (PAS) telah buat pelbagai program. Kita sebut ‘Jom Sertai PAS’, ‘Orang Mude Geng Kite’, ‘PAS For All’. Maknanya, kita mahu semua orang masuk PAS.

“Maka, orang pun berduyung-duyung masuk PAS. Persoalannya, apabila begitu ramai menyertai PAS. Tiba-tiba kita (parti) tidak ada program untuk mengkaderkan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, orang ramai yang menyertai PAS pula dari pelbagai latar belakang serta kefahaman yang berbeza tentang Islam.

“Ada yang faham Islam, ada yang tidak faham Islam, ada yang salah faham tentang Islam dan ada yang keliru dengan kefahaman Islam,” ujarnya.

Justeru itu, katanya kemenangan juga merupakan suatu fitnah jika parti gagal menguruskan kemenangan tersebut dengan baik.

Menurutnya, Pemuda PAS mahukan kemenangan yang dicapai itu tulin, benar serta hakiki.

Saturday, December 26, 2009

KOMITED 09

Kuala Terengganu, 25 Disember- Konvensyen Kepimpinan Muda Negeri Terengganu (KOMITED '09) anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah diadakan di Dewan Dato' Hj Wan Mutalib Embong Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu kelmarin. Program yang menghimpunkan seluruh jawatankuasa Pemuda Pas di setiap peringkat sama ada Kawasan, Dun dan Cawangan itu telah berjaya menarik seramai lebih lima ratus peserta dari seluruh Terengganu.

Program yang julung-julung kali diadakan seumpamanya di Terengganu itu, merupakan suatu usaha untuk mengekalkan momentum yang berterusan kebangkitan pemuda Terengganu setelah berjayanya Himpunan Pemuda Islam Terengganu 09 (HIMPIT 09) yang diadakan di Geliga Kemaman beberapa bulan yang lalu.


Program KOMITED '09 yang bertemakan "ORANG MUDA GENG KITA" JOM BERUBAH itu mempunyai beberapa objektif khusus. Antaranya adalah:
  • Menghimpunkan petugas pemuda khususnya diperingkat bagi meningkatkan semangat dan ilmu pengetahuan
  • Meneruskan momentum gelombang kebangkitan pemuda bagi memacu kemenangan Islam kelak
  • Menggerakkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan petugas pemuda khususnya berhubung dengan kepentingan kerja-kerja pilihanraya perlu dimulakan dari sekarang.
Antara pengisian yang dibuat ialah pembentangan oleh Dato' Tuan Guru Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya Pas Terengganu yang menyentuh tajuk "PRU 13: GERAKERJA PEMUDA". Beliau menekankan betapa pentingnya usaha dakwah fardiah setiap pemuda Pas untuk meramaikan ahli Pas di kalangan kaum keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga memberikan tip-tip bagaimana cara menetapkan sasaran dakwah secara tersusun yang akan membuahkan hasil sehingga mencapai matlamat meng'rekrut'kan ahli Pas seramai mungkin demi kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Tuan Guru Dato' Hj. Harun bin Taib dalam ucapannya juga menegaskan bahawa perhatian yang lebih banyak hendaklah diberikan kepada golongan muda khususnya tanpa mengabaikan golongan tua. Biarlah digandingkan kekuatan orang muda dengan kebijaksanaan orang tua. Gandingan ini merupakan satu gandingan yang kukuh dan bisa menewaskan pihak musuh yang cuba melaga-lagakan antara golongan tua dan golongan muda.

Di program itu juga, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahya Ali juga menyampaikan ucapan. Antara perkara penting yang disentuh oleh Tuan Haji Yahya Ali dalam ucapannya adalah berkenaan pemerkasaan parti. Beliau menegaskan kepada semua hadirin bahawa di hadapan kita ada satu tanggungjawab yang besar dan mesti kita tunaikan berdasarkan kemampuan kita. Sebagai ahli kepada gerakan Islam hendaklah kita mengembelingkan tenaga, kepakaran dan pengalaman kita demi untuk menggerakkan dan seterusnya memperkasakan parti kita iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menurut Tuan Haji Yahya Ali lagi, Hendaklah diagendakan pemerkasaan organisasi sama ada diperingkat kawasan, Dun atau cawangan. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan organisasi hendaklah dipertingkatkan serta direalisasikan dan bukan hanya sekadar retorik semata-mata.

Manakala dalam sesi kedua, Ustaz Ahmad Kamal Ali selaku Pengarah Pilihanraya Pemuda Negeri membentangkan kertas kerja bertajuk "PRU 13:Persiapan Jentera Pilihanraya Pemuda". Kemudian, Panel seterusnya iaitu al fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik dijemput untuk berucap. Beliau memberikan rangsangan kepada peserta dengan menekankan bahawa kalau bukan pemuda Pas yang ada sekarang, siapa lagi yang akan diharapkan untuk membela Islam.

Akhirnya, majlis dirasmikan penutupannya oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, al fadhil Ustaz Haji Nasrudin Hasan Tontowi.

Thursday, December 24, 2009

.

Sunnah Berpuasa Di Bulan Muharam

DIkirim oleh mohd masri di Disember 24, 2009

Oleh Ustaz Muhammad Abduh
Edit: Abu Usamah

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[1]

An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan, “Hadits ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharram.”[2]

Lalu mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diketahui banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan malah bulan Muharram? Ada dua jawapan yang dikemukakan oleh An Nawawi.

Pertama: Mungkin Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui keutamaan banyak berpuasa di bulan Muharram di akhir hayat hidup Baginda.

Kedua: Boleh jadi pula baginda memiliki uzur ketika berada di bulan Muharram (seperti bersafar atau sakit) sehingga tidak sempat menunaikan banyak puasa pada bulan Muharram.[3]

Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan, “Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharram, Rajab) adalah puasa di bulan Muharram (syahrullah).”[4]

Sesuai dengan penjelasan Ibnu Rajab, puasa sunnah (tathowwu’) ada dua jenis:

1. Puasa sunnah mutlak. Sebaik-baik puasa sunnah mutlak adalah puasa di bulan Muharram.
2. Puasa sunnah sebelum dan sesudah yang mengiringi puasa wajib di bulan Ramadhan. Ini bukan dinamakan puasa sunnah mutlak. Contoh puasa ini adalah puasa enam hari di bulan Syawal.[5]

Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharram) iaitu ‘Umar, Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Bashri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram.[6] Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab.

Puasa yang Utama di Bulan Muharram adalah Puasa ‘Asyura

Daripada hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ’Asyura’ iaitu pada tanggal 10 Muharram[7]. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. Abu Qatadah Al Ansori berkata,

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[8]

An Nawawi -rahimahullah- mengatakan, “Para ulama sepakat, hukum melaksanakan puasa ‘Asyura untuk saat ini (setelah diwajibkannya puasa Ramadhan, -pen) adalah sunnah dan bukan wajib.”[9]

Sejarah Pelaksanaan Puasa ‘Asyura[10]

Tahap pertama: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa ‘Asyura di Makkah dan Baginda tidak memrintahkan sahabat yang lain untuk melakukannya.

Dari ’Aisyah -radhiallahu ’anha-, Baginda berkata,

كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُهُ ، فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ صَامَهُ ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

”Di zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga melakukan puasa tersebut. Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa).”[11]

Tahap kedua: Ketika tiba di Madinah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat Ahlul Kitab melakukan puasa ‘Asyura dan memuliakan hari tersebut. Lalu Baginda pun ikut berpuasa ketika itu. Kemudian ketika itu, Baginda memerintahkan pada para sahabat untuk ikut berpuasa. Melakukan puasa ‘Asyura ketika itu semakin ditekankan perintahnya. Sampai-sampai para sahabat memerintah anak-anak kecil untuk turut berpuasa.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma, Baginda berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[12]

Apakah ini bererti Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam meniru-niru (tasyabbuh dengan) Yahudi?

An Nawawi –rahimahullah- menjelaskan, ”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam biasa melakukan puasa ’Asyura di Makkah sebagaimana dilakukan pula oleh orang-orang Quraisy. Kemudian Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam tiba di Madinah dan menemui orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura, lalu Baginda shallallahu ’alaihi wa sallam pun ikut melakukannya. Namun Baginda melakukan puasa ini berdasarkan wahyu, berita mutawatir (dari jalur yang sangat banyak), atau daripada ijtihad Baginda, dan bukan semata-mata berita salah seorang dari mereka (orang Yahudi). Wallahu a’lam.”[13]

Para ulama berselisih pendapat apakah puasa ‘Asyura sebelum diwajibkan puasa Ramadhan dihukumi wajib ataukah sunnah mu’akkad? Di sini terdapat dua pendapat:

Pendapat pertama: Sebelum diwajibkan puasa Ramadhan, pada masa Tahap kedua, puasa ‘Asyura dihukumi wajib. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Bakr Al Atsram.

Pendapat kedua: Pada masa Tahap kedua ini, puasa ‘Asyura dihukumi sunnah mu’akkad. Ini adalah pendapat Imam Asy Syafi’i dan kebanyakan dari ulama Hanbali.[14]

Namun yang jelas setelah datang puasa Ramadhan, puasa ‘Asyura tidaklah diwajibkan lagi dan dinilai sunnah. Hal ini telah menjadi kesepakatan para ulama sebagaimana disebutkan oleh An Nawawi -rahimahullah-.[15]

Tahap ketiga: Ketika diwajibkannya puasa Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan para sahabat untuk berpuasa ‘Asyura dan tidak terlalu menekankannya. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan bahawa siapa yang ingin berpuasa, silakan dan siapa yang tidak ingin berpuasa, silakan. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh ’Aisyah radhiallahu ’anha dalam hadits yang telah lalu dan dikatakan pula oleh Ibnu ’Umar. Ibnu ’Umar -radhiallahu ’anhuma- mengatakan,

أَنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ كَانُوا يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَامَهُ وَالْمُسْلِمُونَ قَبْلَ أَنْ يُفْتَرَضَ رَمَضَانُ فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ عَاشُورَاءَ يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ.

“Sesungguhnya orang-orang Jahiliah biasa melakukan puasa pada hari ’Asyura. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pun melakukan puasa tersebut sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu pula kaum muslimin saat itu. Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mengatakan: Sesungguhnya hari Asyura adalah hari di antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”[16]

Ibnu Rajab -rahimahullah- mengatakan, “Setiap hadits yang serupa dengan ini menunjukkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan lagi untuk melakukan puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan. Akan tetapi, Baginda meninggalkan hal ini tanpa melarang jika ada yang masih tetap melaksanakannya. Jika puasa ‘Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dikatakan wajib, maka selanjutnya apakah jika hukum wajib di sini dihapuskan (dinaskh) akan bertukar menjadi mustahab (disunnahkan)? Hal ini terdapat perselisihan di antara para ulama.

Begitu pula jika hukum puasa ‘Asyura sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan adalah sunnah muakkad, maka ada ulama yang mengatakan bahawa hukum puasa Asyura beralih menjadi sunnah saja tanpa muakkad (ditekankan). Oleh kerana itu, Qais bin Sa’ad mengatakan, “Kami masih tetap melakukannya.”[17]

Isi pentingnysa, puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan masih tetap dianjurkan (disunnahkan).

Tahap keempat: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertekad di akhir umurnya untuk melaksanakan puasa Asyura tidak bersendirian, namun disertakan dengan puasa pada hari lainnya. Tujuannya adalah untuk menyelisihi puasa Asyura yang dilakukan oleh Ahlul Kitab.

Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.

“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,

فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[18]

Puasa 9 Muharram

Sebagaimana dijelaskan di atas (pada hadits Ibnu Abbas) bahawa di akhir umurnya, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bertekad untuk menambah puasa pada hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab. Namun Baginda sudah meninggal sehingga Baginda tidak sempat melakukan puasa pada hari itu.

Lalu bagaimana hukum puasa pada hari kesembilan Muharram? Berikut kami bawakan penjelasan An Nawawi rahimahullah.

Imam Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyyah, Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahawa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh sekaligus; kerana Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.

Apa hikmah Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam menambah puasa pada hari kesembilan? An Nawawi rahimahullah melanjutkan penjelasannya.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa sebab Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bepuasa pada hari kesepuluh sekaligus kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadits Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ’Asyura’ (tanggal 10 Muharram). Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam.[19]

Ibnu Rajab mengatakan, ”Di antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja.”[20]

Yang penting, kita lebih baik berpuasa dua hari sekaligus iaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram. Ini kerana di dalam melakukan puasa ‘Asyura ada dua tingkatan iaitu:

1. Tingkatan yang lebih sempurna adalah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sekaligus.
2. Tingkatan di bawahnya adalah berpuasa pada 10 Muharram saja.[21]

Puasa 9, 10, dan 11 Muharram

Sebahagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya berpuasa pada hari ke-9, 10, dan 11 Muharram. Inilah yang dianggap sebagai tingkatan lain dalam melakukan puasa Asyura[22]. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً

“Puasalah pada hari ’Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu ’Adi, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawi dan Al Hamidi, namun sanadnya dhaif (lemah). Di dalam sanad tersebut terdapat Ibnu Abi Laila -yang nama aslinya Muhammad bin Abdur Rahman-, hafalannya dinilai buruk. Juga terdapat Daud bin ’Ali. Dia tidak dikatakan thiqah kecuali oleh Ibnu Hibban. Baginda berkata, ”Daud kadang-kala yukhti’ (keliru).” Adz Dzahabi mengatakan bahawa hadits ini tidak boleh dijadikan hujjah (dalil).

Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan oleh Abdur Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari jalan Ibnu Juraij dari ’Atho’ dari Ibnu Abbas. Baginda radhiallahu ’anhuma berkata,

خَالِفُوْا اليَهُوْدَ وَصُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالعَاشِرَ

“Selisilah Yahudi. Puasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram.” Sanad hadits ini adalah sahih, namun diriwayatkan secara mauquf (hanya dinilai sebagai perkataan sahabat). [23]

Catatan: Jika ragu-ragu di dalam penentuan awal Muharram, maka boleh ditambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.

Imam Ahmad -rahimahullah- mengatakan, ”Jika ragu-ragu mengenai penentuan awal Muharram, maka boleh berpuasa pada tiga hari (hari 9, 10, dan 11 Muharram, pen) untuk berhati-hati.”[24]

Sebagai Motivasi

Semoga kita terdorong untuk melakukan puasa Asyura. Cukup ayat ini sebagai renungan. Allah Ta’ala berfirman,

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ

“(Kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.” (QS. Al Haqqah: 24)

Mujahid dan selainnya mengatakan, ”Ayat ini turun pada orang yang berpuasa. Barangsiapa meninggalkan makan, minum, dan syahwatnya kerana Allah, maka Allah akan memberi ganti dengan makanan dan minuman yang lebih baik, serta akan mendapat ganti dengan pasangan di akhirat yang kekal (tidak mati).”[25] Inilah balasan untuk orang yang gemar berpuasa.

Semoga Allah memudahkan kita untuk melakukan amalan puasa ini. Hanya Allah yang memberi taufik.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Ertikel http://rumaysho.com

[1] HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah.

[2] Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim Ibnu Al Hajjaj, An Nawawi, 8/55, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392.

[3] Idem.

[4] LathoifAl Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hanbali, hal. 67, Al Maktab Al Islami, cetakan pertama, tahun 1428 H.

[5] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 66.

[6] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 71.

[7] Inilah yang dimaksud dengan ‘Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Yang memiliki pendapat berbeza adalah Ibnu ‘Abbas yang menganggap ‘Asyura adalah tanggal 9 Muharrram. Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.

[8] HR. Muslim no. 1162.

[9] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.

[10] Diolah daripada penjelasan Ibnu Rajab Al Hanbali dalam LathoifAl Ma’arif, hal. 92-98.

[11] HR. Al-Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125

[12] HR. Muslim no. 1130

[13] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/11.

[14] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 94.

[15] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.

[16] HR. Muslim no. 1126.

[17] LathoifAl Ma’arif, hal. 96.

[18] HR. Muslim no. 1134.

[19] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/12-13.

[20] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.

[21] Lihat Tajridul Ittiba’, Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili, hal. 128, Dar Al Imam Ahmad, cetakan pertama, tahun 1428 H.

[22] Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad.

[23] Dinukil daripada catatan kaki dalam kitab Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 2/60, terbitan Darul Fikr yang ditahqiq oleh Syaikh Abdul Qadir Arfan.

[24] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.

[25] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 72.

http://rumaysho.com/hukum-islam/puasa/2832-amalan-puasa-asyura.html

Wednesday, December 23, 2009

SIDANG DUN : BANGUNAN RUNTUH SATU RAHMAT?

Maaf, mutu audio visual tidak memuaskan.

Tuesday, December 22, 2009

Bajet Mengalahkan Selangor, Tapi Rakyat Hidup Bangsat!


KUALA TERENGGANU – Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12 semalam dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu ‘cukup menakjubkan’ dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.

Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang de-ngan taraf kedudukan rak-yat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kebocoran.

“Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.

“Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mengulas Bajet 2010 dibentangkan semalam.

Beliau berkata, sepatutnya bajet yang dibentangkan perlu memberi penekanan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan yang dialami rakyat yang sehingga kini masih belum selesai.

“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah asas yang dihadapi rakyat seperti perumahan, biasis-wa, kemudahan asas dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menilai kembali bajet berkenaan dan perlu lebih memberi tumpuan untuk mengembalikan hak rakyat supaya rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi tetapi biarlah rakyat lebih berdikari menikmati hasil kekayaan negeri ini.

KONTRAKTOR OKU PENYEBAB RUNTUH

OKU disini bermaksud Orang Kuat UMNO.. harap maklum..



Kebanyakan projek berkualiti rendah di Terengganu, sehingga menyebabkan strukturnya runtuh dan retak, didakwa dimajukan oleh "kontraktor OKU (orang kuat Umno)", syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan negeri.

Projek tersebut termasuk pembinaan terminal pengangkutan awam bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang yang terjejas apabila sebahagian bumbungnya runtuh semalam.

"Kita panggil kontraktor ini kontraktor OKU atau Orang Kuat Umno," kata Presiden Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah.

"Kontraktor ini rapat dengan politik, itulah yang menjadi masalah bila dibuat bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan politik," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas insiden struktur bangunan runtuh yang kerap terjadi di negeri itu tahun ini selepas bumbung stadium, yang baru disiapkan dengan harga RM300 juta, ranap awal Jun lepas.

Bumbung sebuah masjid di Kemaman pula yang dilaporkan berharga RM2.1 juta runtuh awal Oktober lalu.

Monday, December 21, 2009

Pemuda Cakna

Jumaat dua minggu lepas, Pemuda Dun Wakaf Mempelam mengadakan gotong royong membersihkan tapak rumah Samsudin Mamat, Ketua Penerangan Pemuda Dun Wakaf Mempelam yang kebakaran sewaktu ahli Pas sibuk berhimpun di Ijtimak Kepimpinan Pas di Kubang Lembek pada 17 Oktober 2009 yang lalu.

Pemuda2 Wakaf Mempelam seramai lebih kurang 30 orang bertungkus lumus membersihkan tapak rumah tersebut bagi membolehkan pembinaan rumah baru seberapa segera. Buat masa sekarang, Shamsudin tinggal di rumah mertuanya di Pulau Rusa.

Turut bersama2 Pemuda Wakaf Mempelam ialah Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas.

Rakaman video tambahan boleh didapati di sini, di sini dan di sini.


Tuesday, December 15, 2009

PEMUDA TERENGGANU DESAK SPRM SIASAT LAPORAN AUDIT NEGARA


Kuala Terengganu-Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan wang yang berkemungkinan berlaku dalam pentadbiran negeri ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara, SPRM sepatutnya bersegera bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dan wang rakyat.

"Kami minta SPRM ambil tindakan sewajarnya melalui pendedahan Ketua Audit Negara berhubung dengan penggunaan kewangan di negeri ini."

Ketua Pemuda Pas Terengganu itu juga berkata bahawa SPRM tidak bersegera terhadap isu di Terengganu, sebaliknya bertindak pantas sekiranya mendapati sesuatu berlaku di negeri lain yang diperintah pembangkang.

Selain itu, pihaknya bercadang membuat laporan SPRM supaya menyiasat secara terperinci sama ada wujud penyelewengan dalam Kerajaan Negeri atau sebaliknya.

Monday, December 14, 2009

SELESAI DULU KES PERWAJA SEBELUM MAHATHIR MATI.




Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak demikian supaya skandal PKFZ tidak terkubur begitu sahaja seperti skandal Perwaja disebabkan yang tertuduh, Tan Sri Eric Chia meninggal dunia."Skandal Perwaja umpamanya berlaku di zaman Mahathir dan cuba diselesaikan di zaman Abdullah (Perdana Menteri) dengan mendakwa Eric Chia, cumanya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa (Eric) mati saja."Samalah seperti skandal PKFZ, Mahathir perlu tampil selesaikannya sebelum dia mati kerana ia melibatkan dia sewaktu jadi Perdana Menteri," kata Badrul.



Ujarnya lagi, Mahathir tidak perlu mengangkat diri sendiri dengan mendakwa Umno seperti usus yang busuk, di dalam blognya."Usus yang busuk yang dia (Mahathir) kata kepada Umno sebenarnya membarah sejak jadi Perdana Menteri, jadi tidak perlulah (Mahathir) mengangkat diri sendiri kalaupun nak menutup beberapa skandal yang mula berlaku di zamannya," ujarnya.1. Kes Perwaja-kerugian 600 juta.Kes pun dah ditutup.Senyap sunyi sehingga kini.Duit rakyat tak usah di tanya.kerana???itu adalah hak kerajaan untuk tidak mahu ambil tahu.Jumlah kerugian PERWAJA???10 billion....????barangkali.Perwaja ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai projek usahasama Hicom atau Heavy Industries Corp of Malaysia Bhd dan Nippon Steel Corp. Modalnya sekitar US465 dolar.



Di bawah kontrak turnkey Nippon Steel membina kilang membakar besi dan menjadikan besi jenis baru. Malangnya projek itu mengalami kesulitan lalu mengalami masalah kerugian pada pertengahan tahun 1980-an. Pada tahun 1987 salah sebuah loji membakar besi milik Nippon Steel terpaksa ditutup.



Perwaja dibangunkan pada awal 1980an. Pada mulanya juga pihak kerajaan susah untuk mengakui akan kerugian yang ditanggung tetapi empat tahun yang lepas kerajaan mulai memperaku yang Perwaja berstatus tidak mampu membayar hutang-hutangnya (insolvent). Misalnya pada ketika itu kerajaan berkata dia sanggup menerima kerugian Perwaja sekitar RM9.9 bilion dan akan membuat sesuatu untuk memulihkan keadaan. Siapa yang akan membayar kerugian ini? Sudah tentunya rakyat Malaysia.



Fakta kes PERWAJA Steel



1982, April. Penubuhan1982-1988, Perwaja menanggung rugi RM 1.5 billion.


1988, Eric Chia dilantik sebagai CEO


1995, Eric Chia meletak jawatan


1996, Anwar Ibrahim melaporkan Perwaja kerugian 2.9 billion


1996, Perwaja diambil alih oleh Maju Holdings



2003, Perwaja dijual dengan harga 1.3 billion, Kerajaan sudah membelanjakan 18 billion sejak penubuhan Perwaja.Dilaporkan jumlah keseluruhan Kerugian RM 11 billion


2004, Februari. Eric Chia ditahan.Eric Chia hanya dituduh diatas kehilangan RM76.4 juta SAHAJA.


1982-1988: Jumlah kerugian RM 1.5 billion? Siapa bertanggungjawab?



1988-1995: Kerugian bertambah sebanyak RM 1.4 billion.



1982-2003: Kerajaan menggunakan duit rakyat sebanyak RM 18 billion untukPerwaja. Tapi keuntungan hanya RM 1.3 billion.


Dengan wang RM 16.7 billion kerajaan boleh membawa banyak perubahan untukkepentingan rakyat antaranya:



Boleh membina 64 buah Universiti (IPTA), 1 univ = RM 250 juta


Boleh membina 530 ribu unit rumah kos rendah (3 bilik), 1 unit = RM 30 ribu


Boleh membiayai 56 ribu pelajar ke United Kingdom (4 tahun), 1 pelajar =RM 71 ribu setahun


Boleh memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar di IPTA.




undilah BN untuk melembabkan pembangunan!KOMISYEN BUKAN RASUAH(HADIAH BUAT KERJA)- Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno (kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings),-



Rahim Tamby Chik, Ahli MT Umno(kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta)-


Mohamad Khir Toyo, Ahli MT Umno (amalan kronisme melampau dalam projek pembangunan NegeriSelangor)-


Nazri Aziz, Ketua Umno Padang Rengas (penyelewengan permitteksi)-


Said Yusof, Ahli Parlimen Jasin (skandal lari cukai balak)-


Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka (skandalPahang)-


Annuar Musa, Ketua Umno Ketereh (skandal penyelewengan PPRTberjumlah RM 40 juta)-


Najib Razak, Timbalan Presiden Umno (skandalkomisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta)-

Rosol Wahid Mengaku Umno Lemah

Oleh: ibnuabbas

"Penulis terpanggil untuk ulas Berita mukadepan SinarHarian versi Terengganu hari ini (14Dis) yang bertajuk, "MELAYU LEMAH". Wartawan Sinar melaporkan bahawa Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Datuk Rosol Wahid yang memberi komen terhadap isu pimpinan DAP mempersoalkan peruntukan yang besar untuk pembinaan masjid.

Katanya "Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana turut menyentuh Perlembagaan tetapi saya percaya ini disebabkan PARTI MELAYU CUKUP LEMAH sehingga timbul keberanian mereka berbuat demikian."

Jelas Rosol merujuk kepada Umno. Umum mengetahui bahawa memang Umno semakin lemah. Tapi Rosol bertindak tidak cerdik apabila mengakui betapa lemahnya Umno @ parti melayu kepada media. Sebenarnya Rosol dan geng2nya lah yang melemahkan Umno di Terengganu. Penulis rasa Ahmad Said boleh bersetuju dengan pendapat ini. Kalau kita imbas kembali, maka kita akan jumpa muka Rosol dalam media arus perdana, membuat kenyataan menolak kepimpinan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Kelemahan kesatuan Umno terserlah hinggalah kini. Beliau tidak sedar Umno Terengganu menuju kehancuran apabila beliau bersama Idris Jusoh membina team sendiri untuk menghancurkan masa depan Ahmad Said. Usaha mereka gagal setakat ini menyebabkan mereka pasif di dewan undangan negeri.

Penulis terfikir macamana orang macam Rosol and the gang boleh menyatupadukan masyarakat melayu Terengganu sedangkan dalam Umno sendiri pun 'kucalana', tak bersatupadu, wujud perpecahan. Macamana nak bersatuhati kalau sengaja mewujudkan kebencian terhadap Sultan apabila mengangkat kain rentang menyokong Dato Seri Idris Jusoh, dan kain rentang kurang ajar "Kami nak Idris, natang!".

Jadi, pemimpin Umno tak payahlah nak tunjuk lagak jadi hero bela Melayu sedangkan tindakan mereka sebenarnya memecahbelahkan melayu. Lihatlah apa yang mereka buat kepada negeri Terengganu. Projek2 di Besut dikongsi bersama dengan Cina Ah Fook(kroni Idris ), manakala di Kemaman dikongsi dengan syarikat Cina kroni Ahmad Said. Melayu ditindas. Tanah-tanah yang telah dilulus zaman Pas memerintah, ditarikbalik. Ada rumah yang dirobohkan. Bahkan rumah Allah pun dirobohkan!! Ingat!Tujuan pembinaan masjid adalah untuk mengingati Allah, bukannya untuk bermegah2 dengan banyaknya dan mahalnya masjid. Nabi s.a.w. pernah berfirman, "لا تقوم الساعة حتى يتباهى الناس في المساجد" , yang maksudnya,"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah (suatu masa) manusia bermegah2 dengan binaan masjid." Umno sendiri yang robohkan masjid surau, tunjuk lagak nak bela Islam dan melayu?

Kalau nak kuat, bukan bersatu dengan Umno yang semakin hapak, busuk, meluat, meloyakan, tapi masuklah PAS. Bersatulah atas nama Islam, nescaya kebajikan dan keadilan semua kaum dijamin.

"

Saturday, December 12, 2009

Kerajaan Umno/BN Terengganu Menerima Akibat ‘Doa Laknat’

Petikan rantau08.blogspot.com

KUALA TERENGGANU - Masih heboh diperkatakan oleh media dan rakyat tentang isu ‘doa laknat’ yang belum dibaca lagi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar - Runtuhan Masjid Bujal).
Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan?? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB-RTB lain.

Seluruh dunia menyaksikan bagaimana seorang perajurit Negara, yang masih dalam pakaian seragam, mengalirkan air mata, melihat rumah yang dibinanya dari wang simpanannya dirobohkan oleh kerajaan Umno dan BN.

Seorang askar yang berkhidmat untuk mempertahan tanah air dan Negara, mengumpulkan wang sedikit demi sedikit, demi untuk mendirikan rumah tempat untuk berlindung dari sejuknya cuaca malam hari dan panas terik matahari pada waktu siang.

Orang ramai yang cuba menghalang perobohan rumah anggota tentera itu telah mendirikan solat hajat dirumah tersebut sebelum dirobohkan.

Sang perajurit itu turut mengaminkan doa, yang dibaca beramai-ramai oleh jamaah apabila selesai solat hajat.

Apakah dalam keadaan itu orang ramai dan perajurit akan mendoakan supaya kerajaan Umno dan BN akan diberikan keberkatan, ditambahkan rezeki, terus maju dan cemerlang??

Tentu kandungan doa mereka memohon kepada Allah yang maha adil untuk membalas segala perbuatan zalim kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB Belimbimg Api, RTB Padang landak dan Padang Luas, semuanya di daerah Besut.

Tentu mereka tidak pernah terfikir, tanah yang mereka terima secar ikhlas dari kerajaan PAS Terengganu, dirampas.

Rumah-rumah yang mereka dirikan, dirobohkan dengan segala jentera berat dan anggota penguatkuasa yang tidak langsung menggunakan akal dan fikiran akibat ugutan dan paksaan oleh pemimpin Umno dan BN.

Justeru, Allah yang maha adil dan maha berkuasa mungkin telah memperkenankan doa-doa kami dan mereka yang dizalimi.

Kerajaan Umno/BN Terengganu, tidak pernah aman, walaupun memiliki kekayaan wang ringgit berbilion, itu pun hasil dari wang rakyat, hasil royalti yang dirompak.

Percayalah ! Pemimpin Umno/BN Terengganu tidak akan aman dan sentiasa berbalah, walau apa jua tindakan perdamaian yang diambil kerana mereka lah yang menzalimi rakyat Terengganu.

Pembinaan bangunan yang hebat-hebat, Stadium, Lapangan Terbang, Kolam Renang, Menara Komunikasi, Pusat ICT, Masjid; semuanya kini rosak, punoh dan runtuh, sebagaimana kerajaan Umno/BN merobohkan dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat marhaen dan masjid Bujal !

Kerajaan Umno/BN Terengganu telah pun merasa azab doa laknat, yang dibaca oleh orang-orang yang dihambat seperti anjing, dihalau keluar dari rumah-rumah yang halal disisi Allah dan dizalimi oleh kerajaan Umno dan BN.

Maka tunggulah pula apa yang terjadi kepada Umno seluruhnya, apabila rakyat berdoa supaya dibalas kezaliman terhadap mereka yang menafikan royalti minyak yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya, rakyat Terengganu dan Kelantan seluruhnya.

Tunggulah, InsyaAllah ! BO

Friday, December 11, 2009

BIARKAN KEMUNCUP, TERUSKAN PERJUANGAN



Kuala Terengganu, 7 Disember-Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Dato' Harun Taib dalam pertemuan ramah mesra bersama blogger PAS, memperingatkan agar jangan menghabiskan masa melayani 'kemuncup' di sepanjang jalan dalam perjuangan Islam. Pesuruhjaya menekankan bahawa semua pejuang harus teruskan perjuangan sehinggalah mencapai kemenangan hakiki, barulah ada masa untuk 'mencabut kemuncup' yang lekat di sepanjang jalan tadi.

DPPNT menyahut peringatan ini dengan penuh rasa keinsafan, lebih-lebih lagi semenjak akhir-akhir ini, PAS dilanda pelbagai isu politik dalaman yang tidak putus-putus. Yang terbaru, serangan media terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz, menantunya dan kerajaan Kelantan. Kami berharap semua pemuda Terengganu khususnya dan pemuda seluruh negara amnya tidak terlalu menghabiskan masa mereka membicarakan isu-isu yang jelas sengaja diambil kesempatan oleh Umno dan Barisan Nasional yang senantiasa dan tidak pernah berputus asa mencari peluang untuk memusnahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Kita harus fokuskan gerak kerja ke arah kemenangan total PAS dan Pakatan Rakyat dan pilihanraya umum ke 13 nanti. Marilah semua pemuda Pas Terengganu bersatu hati ke arah merampas kembali tampuk pemerintahan dari Umno yang semakin hari semakin membusuk dengan segala jenis penyelewengan dan kezaliman.

ORANG MUDE GENG KITE,

TAKBIR!!!

Terkini : ADUN MELOR MASUK WAD

Melor assemblyman admitted to USM Hospital

KOTA BAHARU, Dec 11 — Melor assemblyman Wan Ismail Wan Jusoh of PAS was admitted to the Universiti Sains Malaysia Hospital in Kubang Kerian upon his return today from Mecca where he had fallen ill while performing the Haj.

Wan Ismail, 59, was taken to the hospital in an ambulance after flying in to the Sultan Ismail Petra airport in Pengkalan Chepa near here at about 4pm.

Several PAS leaders greeted him at the airport, among them Kelantan PAS secretary Mohd Zaki Ibrahim, who is also Kelantan State Assembly deputy speaker, and Pulai Chondong assemblyman Zulkifli Mamat. — Bernama


......................................

DPPNT menyeru semua pengunjung agar dapat sama-sama bersolat hajat dan berdoa semoga Allah beri kesihatan kepada beliau.

Wednesday, December 9, 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT


"

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - 19 DISEMBER 2009 DI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM

Pakatan Rakyat dalam iltizam bersama memperkukuh Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan buat pertama kalinya.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh Perwakilan-Perwakilan yang mewakili Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga Parti akan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut. 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama bertemakan “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan” mengumumkan maklumat Konvensyen yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 19hb Disember 2009 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi hingga 6 petang

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor (peta lokasi)


Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

Sekian, terima kasih.
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

Tuesday, December 8, 2009

PERTEMUAN DENGAN BLOGGER

Sessi fotografi pimpinan PAS Negeri bersama sebahagian blogger dan webmaster.
Ketua Lujnah Penerangan, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh sebagai penganjur majlis.
Sebahagian blogger dan web master tekun mendengar amanah dari YB Dato Pesuruhjaya.
Kelihatan Ustaz Saiful Bahri Mamat (Timbalan Pesuruhjaya), Haji Yahaya Ali (Setiausaha) dan Haji Muhyiddin Abdul Rashid (Bendahari).
Antara pimpinan Dewan Harian Negeri yang hadir bersama blogger dan webmaster.
Sebahagian blogger selepas acara makan malam...ada yang termenung panjang.
Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Saiful Bahri Mamat sedang berbual dengan salah seorang blogger.
Tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama pimpinan PAS Negeri.
Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato Ustaz Harun Taib selepas sessi fotografi.

KUALA TERENGGANU : Para blogger diminta memperhebatkan penyebaran maklumat untuk memberi gambaran tentang kehebatan dan keindahan Islam kepada masyarakat melalui komunikasi maklumat di alam maya.

YB Dato' Ustaz Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian dalam majlis perjumpaan antara pimpinan PAS Negeri Terengganu dan sebahagian blogger dan webmaster yang bersama gerakan Islam di sini, semalam.

Majlis anjuran Lujnah Penerangan PAS Negeri Terengganu dikendalikan oleh Ketua Penerangan, Ustaz Haji Nik Zawawi Nik Salleh.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu antaranya Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat (Timbalan Pesuruhjaya), Hj Yahaya Ali (Setiausaha), Hj Muhyiddin Abdul Rashid (Bendahari), Ariffin Deraman (Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri), Hajjah Safinah Jusoh (Ketua Dewan Muslimat Negeri), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda Negeri), Wan Faizol Wan Abas (Setiausaha Dewan Pemuda Negeri) serta sebahagian blogger dan webmaster yang aktif di Terengganu khasnya.

Peranan para blogger muktakhir ini memberi satu kesan yang kuat dan mendadak kepada dunia politik khasnya.

Contohnya apa yang didakwa sebagai krisis kepimpinan dalam PAS yang dikeluarkan dalam salah satu blog telah menjadi panas dan hangat sehingga membawa kepada Mesyuarat Khas PAS Pusat yang mana sebelumnya dicadangkan diadakan satu EGM.

Mesyuarat Khas telah berlangsung dan merumuskan tiada apa kepentingan untuk diadakan satu EGM dan ianya adalah mainan politik segelintir musuh Islam yang cuba merekacipta suasana yang tidak selesa kepada PAS.

Semua ini tercetus dari pandangan dan kritikan dalam blog dan laman web yang memang diakui tiada sempadan dan halangan untuk mengawalnya.

Perjumpaan yang julung kali dalam tempoh sepuluh tahun ini berjaya mendapatkan beberapa 'input' positif kearah memperhebatkan penyebaran maklumat dan isu semasa untuk merangka kemenangan kepada PAS dalam PRU ke-13 nanti.

Dialog dua hala antara kepimpinan dan para blogger dan webmaster ternyata memberi kesimpulan tentang gerakerja yang perlu dilakukan oleh para blogger dan webmaster untuk memperkasakan PAS di mata masyarakat.

YB Dato' Ustaz Pesuruhjaya sendiri yakin peranan para blogger memberi kefahaman dan ilmu Islam kepada masyarakat akan memberi momentum baru kepada PAS untuk memenangi pilihanraya akan datang dan melaksanakan ajaran Islam yang sebenar dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Di akhir majlis yang penuh dengan semangat ukhwah ini, satu sessi fotografi sebagai kenangan para blogger bersama kepimpinan PAS Negeri telah diadakan.

"PAS Untuk Semua".
....................................
Petikan dari pemudakemasik.blogspot

Monday, December 7, 2009

Pemuda PAS Desak Najib Selesai Isu Selatan Thailand

Petikan MalaysianInsider

PETALING JAYA, Dis 8 - Dewan Pemuda PAS mahu kerajaan Malaysia dalam rangka usaha untuk membantu menyelesaikan konflik selatan Thailand memperjelaskan tentang konsepnya secara jelas dan tegas bagi mencari kedamaian berkekalan di wilayah tersebut.

Esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di Bangkok akan melawat selatan Thailand.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata pihaknya tidak mahu pendirian Malaysia “hanya sekadar seperti mahu melepaskan batuk di tangga atau hanya mengambil kulit bagi konsep tersebut tetapi meminggirkan isi sebenar konsep autonomi tersebut iaitu hak mutlak autonomi mentadbir sendiri wilayah-wilayah umat Islam di selatan Thailand.”

Raja Ahmad berpendapat lawatan rasmi Najib adalah satu usaha yang harus dipuji dalam memberi jalan keluar terhadap sengketa terpimpin dalaman kerajaan Thailand terhadap umat Islam selatan Thailand.

“Namun Dewan Pemuda PAS pusat ingin menegaskan bahawa kerajaan Malaysia dalam menganjurkan cadangan ‘autonomi’ sebagai alternatif bagi menyelesaikan konflik tersebut, perlulah diperjelaskan akan konsepnya secara jelas dan tegas dan bukan hanya sekadar seperti mahu melepaskan batuk di tangga atau hanya mengambil kulit bagi konsep tersebut tetapi meminggirkan isi sebenar konsep autonomi tersebut iaitu hak mutlak autonomi mentadbir sendiri Wilayah-wilayah umat Islam di selatan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Raja Ahmad memberitahu Dewan Pemuda PAS tidak bersetuju sekiranya kerajaan Malaysia hanya mengesyorkan beberapa elemen seperti autonomi dalam pendidikan dan bahasa atau sosial seperti mana yang diwar-warkan dalam media.

“Adalah diharapkan pisang tidak berbuah dua kali sepertimana yang berlaku di Mindanao dahulu apabila umat Islam dibohongi dengan disajikan autonomi kuda kayu melalui perakuan autonomi di antara Kerajaan Filipina dengan MNLF pimpinan Nur Misuari yang jelas membohongi umat Islam di Mindanao.

“Kerajaan Malaysia diharapkan tidak terperangkap dengan agenda Perdana Menteri Thailand yang jelas kelihatan terdesak untuk menagih undi umat Islam selatan Thai bagi menghadapi pilihan raya Thailand tahun depan,” katanya.

Najib tiba di Bangkok malam tadi untuk lawatan rasmi pertamanya ke Thailand.

Laporan Bernama menyebut, mesyuarat hari ini dijangka membincangkan beberapa isu terutama kerjasama dalam keselamatan, termasuk keselamatan di sempadan dan isu merentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah serta maritim.

Selain itu, kedua-dua pihak kemungkinan besar akan membincangkan mengenai kerjasama masa depan dalam bidang pendidikan tinggi, belia dan sukan, serta mengenai projek landasan Singapura-Kunming, industri halal dan menghubungkan

Pembangunan Selatan Thai dengan Koridor Ekonomi Pantai Timur dan Utara Malaysia.

Esok Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva dan Najib akan melawat ke wilayah bergolak Narathiwat, lawatan pertama perdana menteri Malaysia ke wilayah sempadan Thailand itu.

Abhisit dalam temu bual dengan Bernama semalam berkata lawatan ke Narathiwat amat signifikan dan akan menghantar isyarat jelas bahawa kedua-dua negara mahu menyaksikan keamanan di wilayah itu dan berakhirnya keganasan di sana.

Kedua-dua pemimpin akan bersama-sama merasmikan penamaan semula jambatan kedua merentasi Sungai Golok iaitu “Friendship Bridge” yang menghubungkan Ban Buketa, Narathiwat dan Bukit Bunga, Kelantan.

Mereka turut dijadual melawat Institut Att Arkiah Islamiah, yang mempunyai lebih 4,000 penuntut dan kokurikulum dalam pengajian Islam dan mata pelajaran moden.

Sunday, December 6, 2009

Pemuda Pas sokong mansuhkan BTN




KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu menyokong cadangan supaya memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) kerana menganggap ia sebagai jelas untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah mendakwa, program tersebut disifatkan sebagai gagal menanam rasa kasih pada negara berdasarkan gejala sosial, rasuah dan sebagainya yang tidak pernah berkurangan.:

“Saya sendiri pernah menyertai BTN dan ketika belajar di Mesir pun, ada juga program seumpama itu diwujudkan. Program itu tidak mampu membentuk sayang pada negara tetapi hanya kepada UMNO.

“BTN gagal membentuk anak muda bersikap lebih baik kerana kalau dilihat pada gejala sosial dan jenayah yang berlaku dalam negara sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, kerajaan tidak perlu mengadakan program itu memandangkan telah banyak program sedemikian diwujudkan.

Menurut beliau, antaranya ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terpaksa menggunakan belanja besar.

“Kalau mahu diadakan juga, mereka perlu bersikap lebih demokratik dengan turut memperkenalkan pemimpin pembangkang serta parti lain selain UMNO,” katanya.

Mengulas berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan penyertaan BTN kepada kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri itu, Mohd Nor enggan mengulas.

Sebaliknya, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak terlibat dan yakin Selangor dan Pulau Pinang mempunyai alasan dan objektif sendiri.

Beliau turut percaya, pihak terlibat berkemungkinan besar mempunyai program lain dalam usaha memastikan rakyat mereka dapat bersama-sama dalam pembangunan negara.

Saturday, December 5, 2009

VIDEO Majlis Khitan 1430/2009

Saksikan gelagat kanak-kanak yang ditemuramah sebelum di"sunat"kan di program Khitan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal. Seramai 68 kanak-kanak di'sunat'kan pada program yang dijalankan 6 Disember 2009 lalu.

AHMAD SAID NAK BERSARA?

Petikan Malaysiakini.
.......................................
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan persaraan awal beliau daripada jawatan itu disebabkan oleh tekanan dan desakan orang luar atau parti politik.

Beliau berkata persaraannya itu atas sebab peribadi dan kehendaknya sendiri setelah sekian lama berkhidmat dalam suruhanjaya itu dan bukannya kerana orang lain.

"Saya letak jawatan bukan sebab tertekan atas desakan sesiapa atau parti politik tetapi atas sebab peribadi dan kehendak saya sendiri. Lagi pun saya dah lama berkhidmat dalam SPRM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ahmad Said berkata persaraan awal beliau itu dibuat bagi memberi laluan kepada penggantinya dan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Dah lama saya rancang nak bersara tetapi tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini saya sibuk dengan kerja, jadi sekarang saya nak luangkan lebih masa dengan keluarga," katanya yang telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam suruhanjaya itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), sejak 1975.

Semalam Ahmad Said mengemukakan notis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya dalam suruhanjaya itu sehingga 31 Dis ini sedangkan perkhidmatannya sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan.

Bagi menggantikan tempatnya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed akan dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

PM: Tidak berlaku tiba-tiba


Sementara itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penamatan lebih awal kontrak Ahmad Said tidak berlaku secara tiba-tiba kerana beliau (Najib) sudah dimaklumkan lebih awal lagi.

Perdana Menteri berkata beliau sudah dimaklumkan dahulu tetapi orang ramai hanya mengetahui peletakan jawatan Ahmad Said baru-baru ini.

"Bukan sudden, dia sudah beritahu lebih awal lagi sebenarnya, ini cuma the question of public knowledge sebenarnya tetapi saya dah tahu lebih awal lagi sebelum isu terkini berbangkit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional di Seremban, hari ini.

Najib juga menolak tanggapan kononnya peletakan jawatan Ahmad Said mempunyai kaitan dengan tekanan pembangkang berikutan kes kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Persaraan Ahmad Said juga tidak ada kaitan dengan tanggapan kononnya tekanan telah diberikan oleh

"Kerajaan menghormati keputusan Ahmad Said untuk bersara, sebenarnya dia sudah pun bersara tetapi berkhidmat dalam kontrak, cuma dia tidak berkhidmat sampai kontraknya habis," katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Said di atas bakti yang dicurahkan selama beliau berkhidmat dengan SPRM.

Najib percaya Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed yang akan memegang jawatan itu secara rasmi pada 1 Jan mampu terus meletakkan suruhanjaya itu sebagai sebuah institusi yang dihormati dan berwibawa.

Pulih integriti SPRM

Sementara itu, Abu Kassim berkata beliau akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Januari 2010.

"Saya akan menyusun beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan integriti 2009 hari ini.

Selain itu beliau berkata kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga penting dalam memantapkan SPRM.

"Tanpa bantuan semua pihak dan orang awam, SPRM tidak dapat menjalankan kerja dengan sempurna dan cekap," katanya.

Abu Kassim melahirkan rasa syukurnya kerana diberi kepercayaan untuk mengetuai suruhanjaya itu.

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO