5 NELAYAN TERENGGANU HILANG
Petikan Berita Kosmo
KUALA TERENGGANU - Nasib lima nelayan tempatan yang melalui pengalaman cemas dikejar dan ditembak penguat kuasa negara jiran di sempadan Malaysia-Indonesia Khamis lalu masih tidak diketahui.
Kali terakhir berita mereka diterima adalah ketika tekong bot yang dikejar itu, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, menghubungi abangnya, Che Wan Zainudin Che Wan Ngah, 36, melalui radio kira-kira pukul 9 pagi hari tersebut untuk memaklumkan kejadian.
Menceritakan kejadian, Che Wan Zainudin memberitahu, dia dan adiknya keluar menggunakan bot berasingan dan mereka membawa haluan masing-masing dengan jarak kira-kira 24 batu nautika antara satu sama lain.
"Tiba-tiba saya dihubungi adik saya menyatakan mereka dikejar penguat kuasa Indonesia yang turut melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Takir di sini semalam.
Jelasnya, adiknya tidak tahu apa yang patut dilakukan kerana mendakwa ketika itu dia masih berada di perairan Malaysia iaitu kira-kira tiga batu nautika dari sempadan berhampiran pelantar Belumut.
...............................
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment