Wednesday, November 4, 2009

KOMEN BELANJAWAN 2010

Belanjawan Najib 2010

Belanjawan
Tidak Mesra Spiritual


1. Saya melihat belanjawan Najib ini kurang memberi tumpuan kepada pembangunan rohani [ spiritual ] dan moral insan [ rakyat umumnya ] . Kerana nilai sesebuah belanjawan bukan hanya dilihat kepada jumlah agihan wang [ material ] tetapi juga kepada arah mana ia disalurkan dan siapa yang memanafaatkannya termasuklah tujuan atau objektif penyaluran itu .


2. Penghayatan nilai holistik pada setiap cabang belanjawan yang dibentang baru - baru ini sangat kurang . Ini akan melahirkan satu sistem pembangunan yang tidak seimbang antara material dan spiritual .

3. Sewajarnya di saat negara berhadapan dengan indeks jenayah yang meningkat , kemerosotan nilai akhlak dan keruntuhan moral , kerajaan memberi tumpuan seimbang untuk turut membangunkan spiritual masyarakat sekaligus menyumbang kepada tamaddun atau peradaban yang sejahtera dan selamat .

[ Statistik IPKKL dari Januari hingga April tahun 2009 menunjukkan kes jenayah samun bersenjata meningkat sebanyak 2,254 kes berbanding 1,249 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala kes jenayah ragut juga mencatatkan peningkatan 1,206 kes tahun ini berbanding 606 kes pada tahun lepas. (sumber: http://mstar.com/, 16 April 2009).

Jenayah ragut di ibu negara juga semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2009, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antara bulan Januari hingga April tahun 2009, sebanyak 600 kes jenayah ragut dicatatkan iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun 2008. Justeru jenayah perlu ditangani secara mendasar dan perlu bermula dari akar umbi.

Keutamaan menangani jenayah dan pengupayaan sistem keselamatan bukan suatu isu yang bernilai ekonomi semata-mata seperti ingin menarik pelabur umpamanya walaupun isu ini jelas menjejaskan kehadiran pelabur asing. Menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang baru dikeluarkan, ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85.

Isu keselamatan bukan sahaja menjadi kerisauan rakyat tetapi pelaburan dari luar juga menguncup dengan tahap daya saing Malaysia peringkat global jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-24. Isu jenayah perlu dilihat dari sudut punca dan sebab musababnya. Sikap kerajaan yang meliberalisasikan hiburan sekaligus mencambahkan benih hedonisme adalah antara punca berlakunya gejala sosial dan jenayah.

Perlaburan tinggi untuk industri filem dan muzik yang kelihatannya enggan menerima nasihat dan teguran masyarakat telah membuahkan padah kepada sistem sosial kita hinggakan gejala kecil seperti sikap menghias motosikal mampu bertukar kepada sikap mat rempit, jenayah bunuh dan arak.

Kerajaan perlu menumpukan juga aliran wang untuk merealisasikan strategi ketiga Bajet 2010 melalui NGO-NGO sosial yang konsisten mendekati remaja dan belia yang bermasalah. NGO yang terbabit adalah seperti UNGGAS dan LANDAS, Persatuan Ulama’ Malaysia, Rumah Pemulihan Akhlak Raudhatus Sakinah, serta lain-lain NGO yang diperhatikan cukup komited berusaha menyelamatkan aqidah, moral dan akhlak para remaja dan belia negara ini. Bajet yang mendasar sebeginilah berupaya membuktikan bajet 2010 adalah untuk rakyat. ]

Sumber : TERAS Cawangan Negeri Perak

4. Sebagai contoh lain ialah Akta Halal yang sepatutnya digubal segera bagi memastikan pengedaran makanan di pasaran benar - benar terjamin kesuciannya dengan meningkatkan tahap penguatkuasa dan penambahan bilangan mereka yang berauthority [ penguatkuasa ] untuk membuat semakan dan pemantauan . [ Akta halal ini telah digubal lebih dari 5 negeri USA sedang kita telah 50 tahun merdeka tetapi belum ada apa - apa penggubalan yang wajar .]

5. Saya menegaskan perkara ini kerana makanan berkait rapat dengan pertumbuhan jasmani dan rohani manusia . Jika manusia membesar dengan sumber makanan dan pendapatan yang haram , maka ia akan menyumbang kepada perlakuan maksiat dan mungkar yang lebih kronik . Sepatut antara perkara yang perlu dilihat serius dalam belanjawan negara ialah sumber pendapatan negara yang kelak akan diagih manafaatnya kepada rakyat . Apakah negara kita cakna halal halam dalam sumber pendapatan dan perbelajaan mereka . Kerajaan juga mesti audit sumber pendapatnya ini dari segi halal haramnya .

6. Seperkara lagi yang ingin sentuh ialah belanjawan yang berasaskan sumber yang kurang atau lemah . Malaysia masih dibelenggu the old economy [ ekonomi lapok ] iaitu memanipulasi sumber alam dan mineral 100%. Malah malaysia boros mengurus sumbernya serta kelihatan jauh kurang berdaya saing dengan negara jiran seperti Singapura yang kurang sumber alam tetapi mampu menjana ekonominya.

7. Defesit belanjawan ini adalah sebanyak 7.65 dari KDNK (keluaran dalam negeri kasar) 2009. Pendapatan negara hanya RM 162.1 bilion berbanding RM 176.2 bilion yang diramalkan untuk 2009. Defisit belanjawan atau kurangan belanjawan berlaku apabila suatu negara membelanjakan lebih duit berbanding dengan pendapatan yang diperolehinya. Lawan kurangan belanjawan ialah lebihan belanjawan.

8. CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang kepada KDNK Singapura ialah agriculture: 0%, industry: 33.2%, services: 66.8% (2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan sumber alam untuk KDNK, agriculture: 9.7%, industry: 44.6%, services: 45.7% (2008 est.)


9. Pengurangan cukai sebanyak 15% di Wilayah Pembangunan Iskandar berbanding 26% di kawasan lain menimbulkan keraguan. Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus. Manakala cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Wilayah Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara. Adakah kerana wilayah ini berada dalam zon kubu UMNO dan kroni?


10. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap lebih ramai individu akan menyalurkan maklumat menerusi penggubalan Akta Whistle Blower (Pemberi Maklumat) tahun depan sedangkan apabila ada pendedahan sebarang kes rasuah melibatkan pemimpin BN-UMNO, OSA pula akan digunakan. Malah beberapa laporan terhadap pemimpin UMNO juga pernah dibakulsampahkan. Saya yakin Rasuah akan menjadi punca utama kegagalan belanjawan 2010 nanti.


11. Sejak akta Investment Incentives Act 1968 diperkenalkan , pelabur asing adalah antara tumpuan utama negara untuk menilai pertumbuhan ekonomi. Malang apabila FDI yang merupakan punca pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran belanjawan 2010 telah menurun akibat beberapa polisi daya saing dan keselamatan domestik yang membimbangkan para pelabur.

12. Saya tertarik dengan kebimbangan yang dilahirkan oleh TERAS cawangan Negeri Perak melalui kenyataan mereka : [ Peruntukan besar untuk TNB, Projek Empangan Paya Peda di Terengganu, memodenkan industri akuakultur, Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA, peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, TEKUN dan bajet RM14.8 bilion untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik adalah antara projek yang berpotensi komersial dan perlu dikawal serta memiliki ketelusan (transparency) tinggi untuk diaudit. Gejala salah laku wang dan rasuah umpama kes mega PKFZ perlu diperangi habis-habisan serta dijadikan prioriti utama kerajaan. ]

13. [ Ketua Audit Negara juga perlu diberi hak istimewa dan diisytiharkan sebagai bebas dan beroutoriti untuk mengaudit sebarang pengaliran wang sepertimana yang terkandung dalam Bajet 2010. Pengupayaan sistem audit adalah antara perkara utama yang ingin dimaklumi oleh rakyat. Justeru itu, seiring dengan pengisytiharaan bajet 2010, sikap dan keagresifan kerajaan dalam dua perkara iaitu rasuah dan pengupayaan sistem audit negara adalah penting sekali. ]




Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blogger Terengganu

Blog Parti

Blog Pimpinan PR

` ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO