BAI'AH MEMANG AMALAN ISLAM
DPPNT melihat isu Bai'ah yang sedang meniti di dada media kini merupakan mainan musuh politik yang dengkikan kesatuan yang wujud dalam PAS, yang mereka cuba porakperandakan. Bai'ah merupakan ikatan janji taat setia kepada perjuangan Islam. Kami yakin perjuangan yang kami dokongi ini berada di jalan yang benar, maka janji taat setia atau bai'ah kepada pimpinan merupakan suatu kemestian. Cuma isu bai'ah dengan lafaz cerai taklik Talak 3 yang dihebohkan itu tidak wujud sama sekali.
Kami merasakan dalam mana-mana Parti sekalipun, ikrar taat setia adalah perkara biasa demi menjaga keutuhan parti masing-masing. Maka tiada yang salah dengan ikrar taat setia yang PAS amalkan.
Justeru, perbincangan tentang Bai'ah Lafaz Taklik Talak Tiga harus dihentikan serta merta oleh mana-mana pihak sekalipun kerana ianya hanyalah dakwaan yang tiada asas.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment