AGAMA DAN POLITIK TIDAK BOLEH DICAMPUR ADUK?
Akhbar Sinar Harian hari ini (12 November 2009) di muka hadapan bertajuk "WANITA UMNO MARAH". Sinar memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Terengganu , Senator Fatimah Hamat yang berbunyi, "Saya sangat marah dan dukacita sekiranya perkara itu benar-benar wujud, apatah lagi memperlakukan wanita sedemikian rupa. Sepatutnya pemimpin tidak mencampur aduk antara agama dan politik."
Ucapan beliau ini sangat berbahaya kepada akidah sekiranya benar-benar datang dari mulut beliau. DPPNT mendesak agar Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu bertaubat dan menarik balik ucapan beliau yang mendakwa bahawa pemimpin tidak sepatutnya mencampur aduk antara agama dan politik. Ini merupakan fahaman sekularisma. Setahu kami, sepanjang pemerintahan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, beliau tidak pernah mengucapkan perkataan seumpama ini. Kami merasa sangat kesal kerana masih lagi ada rakyat Terengganu yang berfikiran sempit dalam memahami Islam yang syumul terutamanya pemimpin politik. Ini boleh menyesatkan akidah umat Islam.
DPPNT juga mendesak agar Majlis Fatwa Negeri Terengganu bersuara untuk membetulkan keadaan ini agar masyarakat Islam tidak terus terpesong dengan ucapan-ucapan pemimpin politik seumpama ini.

Seja o primeiro a comentar
Post a Comment